web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lindungi, Pelihara Taman Negeri Setiu Wetlands Dengan Baik - Ahmad Samsuri

Taman Negeri Setiu Wetlands juga dihuni oleh pelbagai spesies flora dan fauna yang memberikan pulangan baik kepada komuniti daripada aspek ekonomi kelangsungan hidup dan juga ekosistem.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 2:44PM

Taman Negeri Setiu Wetlands - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taman Negeri Setiu Wetlands di Terengganu, yang amat kaya dengan khazanah paya laut, perlu dipelihara dan dilindungi dengan baik demi generasi akan datang.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kawasan itu juga dihuni oleh pelbagai spesies flora dan fauna yang memberikan pulangan baik kepada komuniti daripada aspek ekonomi kelangsungan hidup dan juga ekosistem.

"Kawasan Setiu Wetlands mempunyai nilai yang tinggi dan perlu dipelopori secara berkesan dan berterusan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Setiu Wetlands 2022  semalam.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di acara Majlis Perasmian Festival Setiu Wetlands 2022  - Gambar Bernama
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di acara Majlis Perasmian Festival Setiu Wetlands 2022 - Gambar Bernama

Festival bermula 4 hingga 7 Ogos itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti setempat mengenai keunikan persekitaran alam semula jadi tanah bencah yang mempunyai kepentingan penjagaan ekosistem dari segi sumber bekalan air, kawalan banjir, penghalang ribut, kawalan hakisan pantai, pemuliharaan biodiversiti serta ekopelancongan.

Dalam pada itu katanya, kawasan tanah bencah itu juga harus diperkasa dan dimartabatkan kerana ia selaras dengan keperluan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan ke arah memenuhi kriteria di peringkat Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Ahmad Samsuri berkata pihaknya berharap agar semua pihak sama ada di peringkat jabatan, agensi kerajaan dan swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti agar dapat bersama-sama dengan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu untuk memperkasa dan memartabatkan tanah bencah itu.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis yang mendapat kerjasama dan sokongan dana daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat mengenai inisiatif yang boleh diambil untuk memperkasakan taman negeri itu.

Festival bermula 4 hingga 7 Ogos itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti setempat mengenai keunikan persekitaran alam semula jadi tanah bencah yang mempunyai kepentingan penjagaan ekosistem
Festival bermula 4 hingga 7 Ogos itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti setempat mengenai keunikan persekitaran alam semula jadi tanah bencah yang mempunyai kepentingan penjagaan ekosistem

"Kita juga adakan perbincangan dengan pihak swasta seperti syarikat-syarikat mega dan yayasan-yayasan besar yang ada pelbagai dana untuk laksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

"Dalam masa terdekat ini, kita sudah capai persetujuan dengan satu entiti dari luar Terengganu, nak beri dana untuk melaksanakan projek di taman negeri ini yang akan bagi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat... Bila dah pasti dan tandatangan (perjanjian) kita akan maklumkan nanti (perincian projek)," katanya. - Bernama

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN