Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengenali 9 Ekosistem Dalam Satu Destinasi Di Setiu

Menakjubkan! Sembilan ekosistem unik di satu lokasi? Ayuh ikuti pengalaman bercuti di Setiu, Terengganu oleh penulis undangan kami.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Apr 2022 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejurus tiba di bumi Terengganu Darul Iman, saya mula berkira-kira, lokasi apa yang perlu diletakkan di aplikasi Google Map. Barangkali Jeti Tok Bali? Jeti ini popular dalam kalangan pengunjung yang sering ke Pulau Perhentian. 

Tidak dinafikan pulau-pulau di Terengganu merupakan antara pulau tercantik di Malaysia, tetapi saya inginkan suatu pengalaman yang sedikit berbeza.

Saya disarankan mengunjungi Setiu Wetlands. Jujur saya katakan bahawa ia merupakan kali pertama saya mendengar destinasi ekopelancongan ini, namun kerana sikap ingin tahu, saya gagahi jua.

Dalam kotak fikiran, saya terbayang berjalan di dalam lumpur dikelilingi hutan paya bakau dan diiringi bunyian unggas. 

Namun, jangkaan saya meleset. Ternyata kaki saya masih terbenam di dalam lumpur tetapi apa yang saya tidak jangka adalah saya boleh berada di sembilan ekosistem berbeza dalam persekitaran yang sama semasa berada di situ. 

Sembilan ekosistem yang terdapat di kawasan 23,000 hektar ini ialah laut, sungai, pantai, muara sungai, pulau, lumpur paya bakau, lagun, paya air tawar dan hutan paya bakau. Menakjubkan!

Lokasi pertama untuk saya menaiki bot adalah di Setiu Boardwalk. Kehadiran saya disambut mesra oleh Puan Anis yang merupakan ejen pelancongan pakej persiaran sungai atau river cruise yang saya pilih. 

Sebelum sampai ke jeti, kami menyusuri pelantar yang disediakan di Setiu Boardwalk. 

Kehadiran saya diiringi bunyian unggas dan hidupan liar hutan paya bakau umpama orkestra yang senada memainkan irama.  

Sambil berjalan menuju ke jeti terlihat anak-anak ketam sekali-sekala memunculkan diri dari celah-celah akar hutan paya bakau. 

“Comel,” detik hati saya. Saya diberitahu hutan paya bakau merupakan nursery untuk anak-anak ketam ini. 

Begitu pentingnya ekosistem hutan paya bakau bagi kelangsungan flora dan fauna. 

Bot tiba setelah kami berada di jeti. Kami menyelusuri sungai sambil menikmati pemandangan hutan paya bakau di sekitar. 

Lokasi kedua pula ialah lawatan ke kawasan sangkar ikan. Ikan siakap merupakan ternakan utama di sini dan ia dibekalkan ke seluruh restoran serta pengusaha resort dan hotel di sekitar Terengganu. 

Tapi apa yang istimewanya sangkar ikan ini buat pengunjung Setiu Wetlands? 

Sekiranya anda bukan kaki memancing seperti saya, anda boleh membeli ikan di sini untuk dipanggang atau barbeku (bbq) sambil beriadah di tepi pantai. 

Pantai yang merupakan lokasi ketiga saya ini diberi nama Pantai Kuala Setiu. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dari sangkar ikan tadi. 

Bagaimana pula dengan kelengkapan memasak dan bbq? Jangan khuatir, pihak pengurusan akan menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk aktiviti riadah anda.

Setelah menikmati desir angin pantai, destinasi kami seterusnya adalah ke pulau yang tidak jauh dari pantai ini. 

Perjalanan menaiki bot lebih kurang 10 minit sahaja dan pulau ini dikenali sebagai Pulau Busung.

Setibanya kami di pulau ini anak-anak kecil yang bersama kami terus melompat ke luar bot. 

Masing-masing membawa baldi kecil untuk mengumpul hasil tangkapan laut mereka iaitu kepah. 

Apakah peralatan yang diperlukan untuk menangkap kepah? Kedua belah tangan anda. Itu sahaja. 

Melihat keseronokan anak-anak ini saya pasti ini adalah aktiviti yang amat sesuai untuk seisi keluarga. 

Selepas meninggalkan anak-anak kecil tadi yang asyik menangkap kepah kami berjalan ke tapak perkhemahan di pulau tersebut. 

Kaki pancing dan hardcore campers pasti menggemari Pulau Busung kerana tapak perkhemahan telah pun tersedia dan pelbagai jenis ikan yang terdapat di sekitar pulau ini menjadikannya syurga buat si kaki pancing. 

Ketika kami berpatah balik ke lokasi menangkap kepah saya terlihat beting pasir persis di kepulauan Maldives. 

Saya dan rakan-rakan menghampar tikar dan berkelah di beting pasir tersebut sambil melihat gelagat anak-anak kecil menangkap kepah.

Jadi tidak perlulah mengembara jauh untuk mengalami sembilan ekosistem di satu destinasi. 

Di negara kita juga ada kelebihan ini.

Apa yang ditunggu lagi? Untuk maklumat lanjut tentang pakej yang disediakan boleh kunjungi Instagram aspiregetaway atau Facebook Aspire Getaway. - Getaran, 23 April 2022

Gambar: Wan Azfarozza Wan Athmar

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan