web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taman Kinabalu Berpeluang Cerah Jadi Geopark Global UNESCO

Status geopark global ini memberi harapan, khususnya Taman Kinabalu, dalam usaha pemuliharaan, penyediaan infrastruktur dan manfaat sosioekonomi kepada komuniti tempatan.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:01PM

Taman Kinabalu mempunyai prospek cerah untuk menjadi Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taman Kinabalu mempunyai prospek cerah untuk menjadi Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini, kata Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim.

Beliau berkata penilaian selama empat hari akan dijalankan bermula hari ini oleh para penilai daripada Geopark Global UNESCO bersama anggota komuniti lain yang akan mengunjungi tiga daerah, iaitu Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.

“Kami telah mengenal pasti laluan dan 18 tempat persinggahan dan percaya ia akan mengetengahkan ciri sebenar geopark kebangsaan kita dengan prospek untuk melayakkannya dicatatkan sebagai Geopark Global UNESCO,” katanya dalam ucapan alu-aluan sebelum penilaian tersebut dimulakan di Ibu Pejabat Taman Kinabalu, di sini hari ini.

Beliau berkata status geopark global itu memberi harapan, khususnya Taman Kinabalu, dalam usaha pemuliharaan, penyediaan infrastruktur dan manfaat sosioekonomi kepada komuniti tempatan.

Maklarin berkata beliau yakin dengan kelebihan Taman Kinabalu bagi mendapatkan status berkenaan selain menyedari cabaran yang dihadapi, terutama saiz taman itu yang sangat luas iaitu 10 kali lebih luas daripada Geopark Global UNESCO Langkawi.

“Kami berasa beruntung dapat menjadi sebahagian daripada proses penilaian ini, menyumbang sesuatu yang berharga kepada generasi masa depan dan kemungkinan mencipta satu lagi sejarah.

“Kami amat berterima kasih kepada penilai kami yang berani mengambil peluang keemasan untuk datang ke sini bagi memberi penilaian kepada kawasan yang sangat indah ini, kami secara ringkas memanggilnya aspek ‘ABC’ iaitu ciri geologi Abiotik, keajaiban biodiversiti Biotik dan Cultural (Kebudayaan) komuniti tempatan,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan