web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tourism Malaysia Tawar Pakej Durian Tourism

Program ini bertujuan merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selain membantu pengusaha dusun durian.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 2:29PM

Tourism Malaysia menyasarkan menjual 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism mulai 1 Julai lepas hingga 31 Ogos ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tourism Malaysia menyasarkan menjual 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism mulai 1 Julai lepas hingga 31 Ogos ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Zainuddin berkata pakej tersebut dijalankan di sekitar negeri wilayah utara dan pihaknya menyasarkan pulangan lebih RM100,000 kepada pengusaha agensi pelancongan yang menyertai program berkenaan.

"Antara pakej yang ditawarkan ialah Pakej 2 Hari 1 Malam bermula daripada RM290 seorang dan Pakej 3 Hari 2 Malam bermula daripada RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej.

“Bagi merancakkannya, Tourism Malaysia turut menawarkan diskaun 10 peratus kepada pembeli pakej tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Pakej Durian Tourism 2022 di sini hari ini.

Pakej durian yang menggabungkan elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeopelancongan dan pengembaraan lasak - Gambar hiasan
Pakej durian yang menggabungkan elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeopelancongan dan pengembaraan lasak - Gambar hiasan

Beliau berkata program itu bertujuan merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selain membantu pengusaha dusun durian malah ia juga dilihat berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Zainuddin berkata bagi menjayakan kempen itu, Tourism Malaysia telah menjalin kerjasama dengan lima pengusaha pelancongan dalam membangunkan pakej durian yang menggabungkan elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeopelancongan dan pengembaraan lasak.

Beliau berkata lima pengusaha itu ialah Kurma Travel and Tours Sdn Bhd, Adventure360 Tours Sdn Bhd, Time Free Vacation Sdn Bhd, M.Maha-Izah Transport and Tours Sdn Bhd dan Asia Gateway Tours.

“Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel,” katanya.

Zainuddin berkata pihaknya dalam masa sama berharap lebih ramai pengendali pelancongan bukan sahaja di negeri  wilayah utara malah seluruh Malaysia dapat terlibat dengan pakej seumpama itu. - Bernama

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 27.3 Juta Pelancong Asing Tahun Ini Dapat Dicapai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cipta Kandungan Video Produk Pelancongan Antara Tugasan Peserta TOMER 2023

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

48 Pakej Pelancongan Lembah Lenggong Dilancar Meriahkan TMP2024

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan