Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


45,879 Rakyat Berpeluang Tebus E-baucar Pengangkutan Udara

Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 9:44AM

E-baucar itu ditawarkan oleh lima syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Melalui peruntukan RM2.7 juta di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) bagi Kluster Pengangkutan Udara, e-baucar itu ditawarkan oleh lima syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penjualan tiket penerbangan dijangka meningkat dengan adanya tawaran e-baucar itu. "Kita hendak lihat bagaimana pemberian e-baucar seperti ini dapat merangsang ekonomi tempatan, selain menjadi penanda aras untuk kita mengenal pasti ia satu daripada cara membantu rakyat.

"Kita bantu pemain industri dan rakyat supaya mereka dapat tambang lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan pemulihan itu di sini pada Jumaat.

Memperincikan e-baucar berkenaan, Nancy berkata Malaysia Airlines menawarkan baucar bernilai RM100 bagi 10,000 pengguna, Firefly dan Batik Air masing-masing baucar bernilai RM50 kepada 4,000 pengguna, manakala MASwings baucar RM25 kepada 4,000 pengguna dan kesemuanya terhad kepada satu kali penebusan sahaja.

AirAsia pula menyasarkan 23,879 pengguna dengan mereka boleh melakukan penebusan maksimum sebanyak tiga kali bagi tawaran e-baucar bernilai RM50 melibatkan penerbangan sehala atau dua hala, katanya.

PRE 2.0 merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) yang melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Sebelum ini di bawah PRE2.0, ia turut melibatkan pemberian baucar dan rebat di bawah Kluster Pengangkutan Darat, Kluster Persatuan Pelancongan dan Kluster Pelancongan Minat Khas.

Bagi pemberian rebat dan diskaun kluster lain pula, Nancy berkata setakat semalam, sebanyak 15,467 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat melalui pembelian tiket pengangkutan darat dan 12,540 lagi menerusi pembelian pakej pelancongan domestik. - Bernama

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Ekonomi 3 minggu yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki