Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


AS$10 Juta Dana OMG! Airbnb Untuk Penginapan Paling ‘Gila’ Di Dunia

Ia adalah pencarian penginapan yang seumpama The Boot, rumah UFO atau kentang gergasi. 

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 5:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Airbnb sedang memburu penginapan paling ‘gila’ di dunia, dan akan membantu membayar kos untuk pembinaannya. Ia adalah pencarian penginapan yang seumpama The Boot, rumah UFO atau kentang gergasi

Pencarian pertama yang memperuntukkan AS$10 juta (kira-kira RM44 juta) ini sedang mencari idea daripada pereka, arkitek, dan pembina sedia ada yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia untuk merebut dana ini.

Dana AS$10 juta itu akan membantu membiayai 100 idea paling ‘gila’, memberi peluang kepada 100 orang untuk mengubahnya menjadi penginapan Airbnb OMG yang sebenar! Bahkan menjadi penginapan paling unik Airbnb.

Mulai hari ini, sesiapa sahaja yang mempunyai idea yang luar biasa boleh membuat permohonan di airbnb.com/omgfund.

Seramai 100 orang yang mempunyai 100 idea paling luar biasa akan menerima AS$100,000 setiap seorang untuk membolehkan ciptaan mereka direalisasikan sehingga boleh menerima tempahan.

Setiap idea akan dinilai oleh panel juri berkelayakan yang mengambil kira pelbagai kriteria seperti keunikkannya, kebolehlaksanaan, dan pengalaman yang akan nikmati oleh tetamu yang bakal menempah penginapan terbabit. 

Dana ini diwujudkan ekoran trend yang semakin meningkat bagi kehidupan fleksibel yang muncul dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Sebagai sebahagian daripada peralihan ini, tetamu Airbnb mendambakan lebih banyak penginapan lain daripada yang lain sehingga ia sendiri boleh menjadi destinasi pilihan.

Airbnb Categories yang dilancarkan bulan lalu menyediakan cara baharu untuk mencari penginapan sebegini. 

Lebih daripada 30,000 penyenaraian unik di seluruh dunia telah ditambah ke dalam penyenaraian Airbnb dan OMG Airbnb pada 2021, di mana ia mempunyai salah satu kadar penglibatan tertinggi di kalangan tetamu yang melayari Airbnb. 

Penyenarian di Airbnb memberikan faedah ekonomi yang hebat kepada pemilik penginapan. Pada tahun 2021, semua jumlah pendapatan pemilik penginapan di Malaysia mencecah AS$43.3 juta (RM190.5 juta).

Sementara jumlah malam yang ditempah di hartanah unik meningkat secara global sebanyak lebih 49 peratus dari 2019 hingga 2021.

“Apabila Idaho Potato Commission tidak lagi mahu menggunakan prop kentang seberat enam tan, saya mengambilnya daripada mereka dan membelanjakan AS$32,000 untuk mengubahnya menjadi penginapan Airbnb,” ulas Superhost Airbnb OMG! dan ahli panel penilaian dana, Kristie Wolfe.

"Saya beralih daripada membuat AS$13 untuk setiap jam kepada menikmati pendapatan AS$208,000 dalam masa kurang daripada tiga tahun, dan memanfaatkan pendapatan itu untuk penyenaraian tambahan yang membolehkan saya meluahkan kreativiti dan berhubung dengan ratusan orang dalam proses itu," tambahnya lagi.

Setiap permohonan akan disemak oleh panel penilai yang merupakan Superhost Airbnb OMG! Mereka adalah :

1) Iris Apfel, ikon gaya centenarian yang tiada tolok bandingnya.

2) Koichi Takada, pengasas studio antarabangsa Koichi Takada Architects, yang berpangkalan di Sydney dan terkenal dengan reka bentuk emotif yang diilhamkan oleh dunia semula jadi.

3) Kristie Wolfe, Superhost Airbnb dan pencipta OMG yang prolifik! Penyenaraiannya termasuklah Potato Hotel, Crystal Peak Lookout, Big Island Treehouse dan Shipwreck House yang akan disenaraikan dalam sedikit masa lagi.

4) Bruce Vaughn, Naib Presiden Airbnb untuk Produk Kreatif Berpengalaman (Experiential Creative Product)

Dana OMG! AS$10,000,000 OMG! kini telah pun dibuka sehingga 23 Julai 2022, jam 11.59 pagi (waktu Malaysia). 100 penerima dana akan dipilih oleh panel dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dengan menyasarkan pembinaan penginapan paling ‘gila’ ini dapat disiapkan pada tahun hadapan. - Getaran, 30 Jun 2022

Gambar: Airbnb 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran