web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Mulakan Penerbangan Terus Kota Kinabalu-Bangkok Bulan Depan

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dijadual memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Bangkok, Thailand pada bulan depan.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 8:38PM

Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dijadual memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Bangkok, Thailand pada bulan depan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dalam berkata perkara itu telah dibincangkan oleh Menterinya Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam pertemuan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau turut bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Tan Sri Tony Fernandes yang menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sabah di atas kerjasama selama puluhan tahun.

Jafry berkata pihaknya mengalu-alukan usaha AirAsia dalam memperluaskan jaringan domestik mahu pun antarabangsa dengan pembukaan laluan penerbangan baharu terus ke negeri itu.

"Saya optimis dengan penambahan laluan baharu itu yang pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah," katanya dalam kenyataan itu.

Sehingga kini, penerbangan terus AirAsia dari Kota Kinabalu adalah ke Singapura dan Manila manakala Kota Kinabalu ke Korea Selatan pula menerusi syarikat penerbangan Jin Air.

Malah, kementerian itu menerusi Lembaga Pelancongan Sabah juga bekerjasama dengan AirAsia melalui aplikasi airasia Super App dalam mempromosi destinasi pelancongan menarik di Sabah.

"Pelancong boleh terus menempah pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain sebelum memulakan percutian," katanya.

Jafry juga yakin platform agensi pelancongan dalam talian yang lebih pantas dan kukuh akan membolehkan industri pelancongan negeri berkembang lebih pesat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 19 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN