web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MOTAC Sasar 900,00 Pelancong Muslim Ke Malaysia Tahun Ini - Nancy

Kehadiran 900,000 pelancong Muslim dari luar negara tahun ini dapat dicapai menerusi aktiviti mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim secara agresif serta proaktif.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 7:54PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin sasaran kehadiran 900,000 pelancong Muslim dari luar negara tahun ini dapat dicapai menerusi aktiviti mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim secara agresif serta proaktif di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata selepas sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas, MOTAC mengadakan beberapa siri lawatan kerja bagi mempromosikan produk pelancongan Malaysia, termasuk pelancongan Islam ke luar negara.

“Selain itu, MOTAC akan mengenal pasti aktiviti tambahan yang boleh diadakan di 6,000 masjid di seluruh negara sebagai nilai tambah aktiviti promosi sedia ada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Pelancongan Islam 2022 anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC) di Putrajaya hari ini.

Setakat April, dilaporkan 460,000 pelancong Muslim telah mengunjungi negara ini.

Nancy berkata oleh kerana umat Islam merupakan majoriti penduduk negara, ketersediaan fasiliti mesra Muslim di sini menjadi antara faktor penyumbang pelancong Muslim memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Beliau berkata keyakinan pelancong Muslim terhadap Malaysia juga dilihat dapat dikekalkan apabila negara sekali lagi mengungguli kedudukan teratas dalam senarai destinasi pelancongan mesra Muslim berdasarkan MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2021 baru-baru ini.

“Ini membuktikan Malaysia berada pada landasan tepat dan ekosistem bersesuaian yang dapat memenuhi keperluan pelancong Muslim,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan