web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Delta Sarawak Diiktiraf Geopark Kebangsaan 

Pengiktirafan itu dibuat pada 20 Jun lalu semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2022.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 4:00PM

Delta Sarawak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kawasan Delta Sarawak yang terletak di selatan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengiktirafan itu dibuat pada 20 Jun lepas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2022.

Katanya pengiktirafan itu adalah satu lagi pencapaian negara, khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam pemeliharaan kelestarian alam semula jadi dan pengurusan mampan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.

Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama
Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama

“Kementerian percaya kerjasama erat yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sarawak dapat memastikan Geopark Kebangsaan diurus secara baik. 

“Di samping itu, usaha berterusan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat khususnya di dalam kawasan dan sekitar wilayah Geopark Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai aktiviti dan program pembangunan geopark,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berkeluasan 3,112km persegi, Geopark Kebangsaan Delta Sarawak kaya dengan keunikan landskap batuan (28 geotapak), kepelbagaian biologi (12 biotapak) dan budaya (14 tapak budaya).

Pelawat yang mengunjungi Geopark ini akan dapat melihat formasi rupa bumi yang didasari oleh pelbagai jenis unit yang berusia, daripada karbon hingga resen; kepelbagaian biodiversiti dengan spesies endemik di Borneo seperti Orang Utan, Orang Belanda (Proboscis Monkey) dan Cicak Batu Fairy dan kekayaan warisan budaya daripada seni bina, peralatan muzik, senjata sehingga kepada makanan yang terhasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum.

Pengiktirafan keenam ini adalah selepas Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak; Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah; Geopark Kebangsaan Kinabalu, Sabah dan Geopark Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN