Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengalaman Luar Biasa, Menyeronokkan di Muzium Ilusi Kuala Lumpur

Diperbaharui dengan susun atur baharu dan pameran yang lebih unik, MOIKL adalah tarikan yang berbaloi untuk dilawati semua lapisan usia. 

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 9:45AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muzium Ilusi Kuala Lumpur (MOIKL) kini dibuka semula kepada orang ramai setelah terpaksa ditutup sepanjang tempoh pandemik.

Diperbaharui dengan susun atur baharu dan pameran yang lebih unik, MOIKL adalah tarikan yang berbaloi untuk dilawati semua lapisan umur. 

Di sini adalah tempat untuk anda merasai keseronokan, hiburan, kekeliruan dan kekaguman.

Ia adalah tempat untuk anda meneroka pengalaman menarik secara visual, deria dan belajar perkara baharu. Adakah anda bersedia untuk menempuh pengembaraan ini? 

MOI merupakan muzium berkonsepkan abad ke-21 yang menawarkan pengalaman muzium yang interaktif dan akan membuat setiap pengunjung berasa teruja.

MOI pertama telah dibuka di Zagreb, Croatia pada tahun 2015 dan sejak itu, jenama MOI telah berkembang sehingga 37 buah muzium. 

Jumlah ini termasuk cawangan di New York, Chicago, Paris, Madrid, Vienna, Athens, Istanbul, Doha, Dubai, Kaherah, Shanghai, New Delhi dan Toronto.

Ini menjadikan MOI sebagai cawangan muzium swasta yang paling pantas berkembang.

Setiap muzium direka untuk merangkumi bilik ilusionistik, ilusi optik dan sebuah bilik permainan yang dilengkapi dengan permainan yang menguji minda.

Muzium ini turut dilengkapi dengan pameran sains, matematik dan psikologi yang membolehkan pengunjung belajar tentang penglihatan, persepsi dan juga otak manusia melalui pameran-pameran yang menarik dan menyeronokkan. 

“Kami sangat teruja dapat beroperasi semula selepas pandemik. MOIKL yang baharu kini tampil lebih baik dan menyerlah.

Ia adalah satu-satunya muzium yang menawarkan pengalaman deria buat semua rakyat Malaysia. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, MOIKL sangat mudah untuk diakses.

Jadi, pengunjung boleh menjadikan muzium ini sebagai lokasi untuk team building, lawatan sekolah dan pelancaran jenama,” ujar Pengurus Pemasaran dan Jualan, MOIKL, Stanley Ng Kar Hoong.

MOIKL baharu mempersembahkan 50 pameran yang tidak akan mengecewakan.

Antara tarikan yang menjadi perhatian ramai ialah Vortex Tunnel yang membuat minda dan tubuh anda ‘tertipu’, di mana anda terasa seperti lantai yang dipijak sedang bergerak sedangkan tiada sebarang pergerakan berlaku.

Seterusnya ialah Infinity Room dan Infinity Well. Bilik Infiniti merupakan satu ruang istimewa yang memberi peluang untuk anda melihat sendiri kesan infiniti dari setiap sudut. Lihat sendiri bagaimana ilusi optik terhasil, dan jangan lepaskan peluang untuk merakam foto anda untuk dikongsi ke akaun sosial media.

Manakala, Infinity Well, anda kini berpeluang meneroka pengalaman terapung di dalam perigi. 

Pameran Following Eyes juga tidak boleh dilepaskan. Ini merupakan satu ilusi optik yang memperlihatkan mata cekung yang kelihatan seperti cembung. 

Jadi, jika anda perhatikannya dengan cukup lama dan bergerak ke kiri serta ke kanan, mata ‘milik’ P. Ramlee ini kelihatan seperti mengekori anda ke mana-mana saja anda pergi!

“Kami percaya bahawa ilusi semata-mata tidak cukup untuk membuat pengunjung berasa teruja dan seronok. Jadi, kami ingin mempelawa pengunjung untuk mengetahui cara-caranya dan menerokai bagaimana  otak kita berfungsi. 

Kami ingin menarik minat rakyat Malaysia untuk mengubah persepsi mereka dan menunjukkan kepada mereka bahawa tidak semua perkara yang dilihat dengan mata kasar adalah benar.

Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik pengunjung dan membantu mereka untuk belajar cara otak kita menerima sesuatu yang kita lihat,” menurut Pengurus Projek, MOIKL, Ana Jakovac. 

MOIKL turut mengadakan beberapa siri pameran hebat dan sesuai untuk dimuat naik di Instagram. 

Ini termasuklah Ames Room, tempat yang sesuai untuk sesiapa saja berseronok dengan ketinggian mereka dan Reversed Room iaitu salah satu tempat anda boleh bermain dengan graviti.

Tunjukkan kreativiti anda dan bergayalah sebanyak mungkin dalam bilik ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari  museumofillusions.my. Selain itu, anda juga boleh ikuti MOIKL di Instagram @museumofillusions_kl dan Facebook @moi.kualalumpur untuk kemaskini terbaharu mengenai acara dan promosi.

Jika tiket sudah ditangan, pastikan bateri telefon pintar anda terus ‘bernyawa’ supaya dapat merakam detik-detik menakjubkan di MOIKL. - Getaran, 23 Jun 2022

Gambar: Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Terengganu Sasar 300,000 Pelancong Bercuti Di Tasik Kenyir Tahun Ini

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi