web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muzium Budaya Kota Larangan HK Bakal Dibuka Kepada Pengunjung Awam

Muzium Budaya Kota Larangan (The Palace Museum) Hong Kong (HK) dijadual dibuka kepada awam pada 2 Julai nanti.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 9:49AM

Gambar Instagram @hongkongpalacemuseum

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muzium Budaya Kota Larangan (The Palace Museum) Hong Kong (HK) dijadual dibuka kepada awam pada 2 Julai nanti.

Sempena ulang tahun ke-25 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Hong (HKSAR), Kota Larangan Beijing dan Muzium Budaya Kota Larangan HK bersama mengadakan tujuh pameran pada bulan depan.

Pameran itu bertujuan memperkayakan kehidupan budaya penduduk HK, mewarisi dan meneruskan budaya tradisional serta mendorong pertukaran kebudayaan antara HK dengan Tanah Besar.

Difahamkan, pihak pengurusan kedua-dua muzium berganding bahu untuk mempersiapkan sepenuhnya pameran sempena perasmian muzium kali ini.

Sebanyak 914 peninggalan sejarah yang berharga dari Kota Larangan Beijing akan dipamerkan di muzium itu secara berperingkat, sekali gus menjadikan ia sebagai pinjaman koleksi berskala paling besar di luar Tanah Besar sejak Muzium Budaya Kota Larangan ditubuhkan pada 1925.

Pameran khas di Muzium Budaya Kota Larangan HK juga akan memaparkan 13 koleksi berharga yang dipinjam dari Louvre di Paris yang secara tidak langsung mencerminkan pertukaran budaya antara China dengan negara lain.

Koleksi dipamerkan dalam pameran kali ini terdiri lukisan, kaligrafi, barang tembaga, tembikar, jed, produk sulaman, ukiran dan lain-lain.

Pengerusi Lembaga Muzium Budaya Kota Larangan HK, Bernard Charnwut Chan berkata dengan sokongan kerajaan pusat dan tempatan, muzium itu dapat dirasmikan pada Julai menurut jadual.

“Ia merupakan hadiah berharga kepada penduduk HK sempena ulang tahun ke-25 tertubuhnya HKSAR.

“Ini sekali gus memenuhi misi untuk menjadikan HK sebagai pusat pertukaran kebudayaan dan kesenian antara China dengan negara-negara asing yang ditetapkan dalam program rancangan pembangunan negara lima tahun ke-14,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Kedah Capai Sasaran 25,000 Pengunjung

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN