web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka Anjur Pelbagai Aktiviti Tentang Serangga

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka akan mengadakan pelbagai aktiviti selama sebulan bermula hari ini hingga 30 Jun ini, sempena sambutan Hari Serangga Sedunia.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:18AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka akan mengadakan pelbagai aktiviti selama sebulan bermula 3 Jun hingga 30 Jun ini, sempena sambutan Hari Serangga Sedunia, bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan serangga dalam alam sekitar.

Pengurusnya Qurratu Ain Rohaminordin berkata masyarakat lebih menumpukan usaha untuk menyelamatkan haiwan mamalia seperti harimau, gajah, orang utan dan sebagainya, namun ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan serangga dalam menjaga habitat bagi semua haiwan.

“Serangga mungkin nampak kecil dan berada dalam kumpulan pertama rantaian makanan, namun tanpa serangga, proses pendebungaan tidak akan berlaku dengan baik.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

"Seperti lebah yang mendebungakan bunga untuk penyebaran benih, serangga lain seperti kumbang juga melakukan perkara sama namun lebih tertumpu kepada pokok-pokok hutan, justeru, tanpa kehadiran serangga boleh menyebabkan benih pokok-pokok hutan tidak dapat disebarkan ke tempat lain," katanya pada sidang akhbar di taman berkenaan di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata antara program yang akan dilaksanakan ialah Super Ninja, Venomous Creeper, Power of Rhinoceros dan Drama Hunter.

Selain itu, pihaknya juga bakal melepaskan 2,000 rama-rama yang dibiakkan di pusat tersebut sebagai sebahagian daripada aktiviti konservasi kepada masyarakat sepanjang sambutan berkenaan.

Hari Serangga Sedunia disambut pada 8 Jun setiap tahun.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Menurut Qurratu Ain antara serangga yang kini diancam kepupusan ialah kumbang badak bertanduk tiga, akibat aktiviti pembalakan dan dibunuh oleh peladang kelapa sawit kerana dianggap sebagai perosak.

"Jika dahulu, penyelidik boleh mendapatkan sejumlah 200 hingga 300 ekor kumbang jenis tersebut dalam tempoh satu hari jika berada dalam hutan, namun kini jumlah sama hanya boleh dikumpulkan untuk tempoh satu tahun,” katanya.

Beliau menambah kumbang berkenaan memerlukan habitat unik iaitu hanya boleh bertelur di batang pokok yang telah mereput selama 10 tahun untuk proses pembiakannya. - Bernama

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN