Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lawatan Media 'Influencer' Cuti-Cuti Malaysia Promosi Keunikan Terengganu

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 4:30PM

Gambar: Terrapuri.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejajar dengan Peralihan ke Fasa Endemik, Tourism Malaysia menganjurkan program Lawatan Bersama Media Influencer Sempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia bagi menyemarakkan lagi pelancongan domestik.

Program lawatan ini merupakan antara usaha mempergiatkan promosi sektor pelancongan, seni dan budaya negara seiring dengan Pelan Pemulihan Negara.

Lawatan terdiri daripada 7 wakil media melibatkan pengamal media baharu selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Mei 2022.

Setiu dan Kuala Terengganu menjadi lokasi pilihan penganjuran kali ini bagi mengetengahkan produk-produk pelancongan yang berteraskan pengalaman (experiential tourism) serta produk-produk seni, kraftangan, budaya dan warisan selain hidangan tradisi masyarakat tempatan.

Gambar: terengganutourism.com
Gambar: terengganutourism.com

Pengembaraan bermula di Setiu Wetlands dengan menyusuri satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem yang saling berkaitan bagi meneroka pelbagai spesies hidupan termasuk aktiviti mencari kepah dan lokan serta merasai sendiri tiram yang diternak.

Keindahan sekitar Pantai Mangkuk.
Keindahan sekitar Pantai Mangkuk.

Para peserta juga berpeluang berbasikal menelusuri Pantai Mangkuk dan Pantai Penarik serta dibawa menyusuri sungai Kampung Penarik bagi melihat sendiri keunikan santuari kelip-kelip di Setiu Wetlands dan bermalam di Terrapuri Heritage Village iaitu sebuah resort menampilkan 29 rumah klasik Melayu berusia ratusan tahun yang telah diberikan nafas baharu dengan susun aturnya diilhamkan dari Istana Terengganu pada abad ke -17.

Gambar: Wikipedia
Gambar: Wikipedia

Di Kuala Terengganu, para peserta turut berpeluang melawat Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan galeri menara yang berketinggian 106 meter dari aras laut.

Program lawatan kali ini juga turut dimeriahkan dengan penyertaan peserta dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 yang berlangsung di pekarangan Dataran Drawbridge Kuala Terengganu.

Gambar: Kraftangan Malaysia
Gambar: Kraftangan Malaysia

Selain dibawa melawat Adiguru Kraf Tenunan Songket Wan Manang Wan Awang, mereka berkesempatan menyaksikan hasil kerja Adiguru Kraf Anyaman Mengkuang, Kelsom Abdullah yang terkenal menghasilkan 48 reka corak anyaman kelarai berunsurkan flora dan alam semulajadi.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Datin Rafidah Idris berkata, program ini diharap dapat memberi impak liputan yang meluas dalam mempromosikan produk-produk pelancongan baharu dan unik di dalam negara dengan menyasarkan generasi Millennials atau Youth Travellers.

“Penganjuran program lawatan ini juga adalah selari dengan Pelan Strategik Tourism Malaysia 2022-2026 dalam meningkatkan pelancongan domestik selain mempromosikan pelancongan dalam negara dengan mengoptimumkan penglibatan media menerusi penganjuran 'familiarization trip' melibatkan pengamal media arus perdana serta media baharu termasuk Bloggers dan Key Opinion Leaders (KOL)," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi