web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SCRF 2022 : Pameran Zoo Robot Pukau Pengunjung

Pameran Zoo Robot bertujuan untuk didik hibur kanak-kanak dan ia merupakan acara tambahan baharu kepada SCRF yang diadakan di Pusat Ekspo Sharjah di Emiriah Arab Bersatu yang bermula semalam sehingga 22 Mei.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 5:54PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sahaja kanak-kanak yang teruja untuk berkunjung ke Festival Membaca Kanak-Kanak Sharjah ke-13 (SCRF) tetapi juga golongan ibu bapa apabila buat julung kalinya, festival ini menganjurkan Pameran Zoo Robot.

Pameran Zoo Robot bertujuan untuk didik hibur kanak-kanak dan ia merupakan acara tambahan baharu kepada SCRF yang diadakan di Pusat Ekspo Sharjah di Emiriah Arab Bersatu yang bermula semalam sehingga 22 Mei.

Berdasarkan buku The Robot Zoo yang disunting dan direka oleh Marshall Editions dari London, England, pameran itu mengetengahkan lapan robot haiwan dan 15 aktiviti langsung untuk kanak-kanak mempelajari pelan induk jentera dan magik dalam alam semula jadi yang menukarkan haiwan biasa menjadi mesin yang kompleks.

Ia mempamerkan makhluk robotik besar yang menggambarkan ciri-ciri kehidupan sebenar yang menarik, walaupun spesies terkecil.

Antara lain pengunjung terutamanya kanak-kanak dapat melihat bagaimana penarik spring boleh menerbangkan belalang robot ke udara  dan bagaimana kelawar robot mencari mangsa dalam gelap menggunakan peralatan khas yang bertujuan untuk membantu mereka mencintai serta memahami rakan-rakan mereka di bumi.

Dengan membandingkan anatomi, persekitaran dan saiz makhluk sebenar dengan bahagian anggota berjentera, Zoo Robot menyediakan pandangan baharu yang hebat dan keseronokan langsung kepada kanak-kanak yang ingin tahu bagaimana haiwan berfungsi.

Melalui pelbagai bahagian mesin dan alat yang mudah dikenali, mekanisme kehidupan dan anatomi haiwan dan serangga diberi penjelasan kepada kanak-kanak kecil.

Bagi pengunjung,  Ayaa Saad yang datang bersama anak-anaknya, melahirkan perasaan teruja untuk mempelajari mengenai haiwan melalui pameran itu yang menawarkan kemasukan percuma.

“Festival ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk lebih banyak membaca, bereksperimen dengan robot interaktif dan buku aktiviti selain interaksi dengan rakan sebaya,” katanya kepada Bernama.  

Ayaa yang membawa dua anak perempuan berusia lima dan tiga tahun juga berkata festival seperti SCRF merangsang kanak-kanak untuk mengambil buku dan membacanya.

Dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Buku Sharjah (SBA), edisi SCRF kali ini memilih tema ‘Mencipta Kreativiti’ menampilkan aktiviti pendidikan dan hiburan serta seminar intelektual dan kebudayaan.

Tahun ini festival ini menawarkan lebih 1,900 aktiviti termasuk 1,140 aktiviti kanak-kanak, 120 aktiviti kebudayaan dan 130 persembahan artistik dan produksi teater. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan