Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pelbagai Tarikan Baharu Bernilai RM5 Juta Menanti Pengunjung Zoo Melaka

Antara tarikan terbaharu itu ialah Zoo dan Taman Burung yang menempatkan 70 ekor burung nuri daripada spesies Sun Conure dan Lory, serta sepasang burung cenderawasih dengan setiap seekor bernilai puluhan ribu ringgit.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 11:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai tarikan dan aktiviti baharu melibatkan kos kira-kira RM5 juta diwujudkan di Zoo Melaka di sini, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi pelancongan tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata antara tarikan terbaharu itu ialah Zoo dan Taman Burung yang menempatkan 70 ekor burung nuri daripada spesies Sun Conure dan Lory, serta sepasang burung cenderawasih dengan setiap seekor bernilai puluhan ribu ringgit.

“Aviari burung ini juga menempatkan lapan ekor walabi yang serupa dengan kanggaru tetapi bersaiz lebih kecil dan berasal dari Australia.

"Pengunjung hanya dikenakan tiket RM6 seorang untuk masuk ke aviari burung ini dan mereka berpeluang memberi makan dan minum burung yang ada," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Selain itu, katanya sebuah kafe baharu turut dibuka berhadapan taman burung itu bagi memberi lebih banyak pilihan makanan kepada pengunjung menjamu selera di dalam zoo.

Menurutnya lebih istimewa apabila sebuah gua akan dibina di dalam Zoo Melaka untuk menempatkan 20 ekor burung daripada enam spesies burung toco taocan dari Amerika Selatan, dan dijangka siap akhir tahun ini.

Shadan berkata semua tarikan tersebut adalah hasil usahasama antara sebuah syarikat swasta dengan MPHTJ bagi memberi tarikan baharu kepada pengunjung yang datang ke Zoo Melaka.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 300,000 orang mengunjungi destinasi pelancongan dan pusat konservasi haiwan itu bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

"Sepanjang sembilan hari Syawal ini sahaja, hampir 30,000 orang berkunjung ke Zoo Melaka dan kita dapat lihat peningkatan pengunjung dari semasa ke semasa terutama dengan pengenalan produk atau tarikan baharu seperti Zoo dan Taman Burung,” katanya.

Menurut Shadan harga tiket masuk ke Zoo Melaka iaitu RM38 bagi dewasa, kanak-kanak (RM31) dan warga emas (RM31) adalah berpatutan dengan tarikan, fasiliti dan haiwan yang ada di zoo tersebut.

"Kita tidak boleh membuat perbandingan apa yang ada di Zoo Melaka dengan zoo di negeri lain kerana banyak aktiviti yang telah kami wujudkan untuk pengunjung dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Demi Anak, Nyawa Pun Sanggup Aku Pertaruhkan...

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Jaringan Kerjasama Antara PBT Negeri Beri Manfaat Kepada Masyarakat

3

Jelajah 10 bulan yang lalu

Kinabalu UNESCO Global Geopark Habitat 355 Spesies Burung - Penyelidik

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran