web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#OOTD Hari Raya Anda di 7 Lokasi ini! 

Rakamkan momen Raya anda di lokasi ‘Instagram-worthy’ dengan latar belakang yang menarik di sekitar negeri Selangor.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 11:12AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selangor sememangnya menawarkan lokasi ‘Outfit of the Day’ atau #OOTD yang pastinya Instagram-worthy untuk Raya anda. 

Lagi-lagi di musim perayaan ini, #OOTD kini menjadi aktiviti maya yang mesti dilakukan oleh semua orang semasa bercuti tanpa mengira peringkat umur.

Mari kita lihat 7 lokasi #OOTD Hari Raya yang paling cantik di Selangor. Mana tahu ada yang sesuai dengan tema baju raya anda tahun ini! 

Gambar: IG @sarahhhfyy
Gambar: IG @sarahhhfyy

#1 Elmina Valley Park

Elmina Valley Park merupakan lokasi yang sangat terkenal di Shah Alam. Ia terletak di kawasan perbandaran baharu yang bernama Elmina City.

Taman Elmina ini mempunyai pelbagai tarikan seperti laluan pelangi berwarna-warni dan jambatan ikonik Elmina.

Ia menawarkan pelbagai aktiviti termasuk berjoging, berbasikal dan sesuai untuk sesi perkelahan bersama seisi keluarga.

Gambar: IG @ainfarahinnnnn
Gambar: IG @ainfarahinnnnn

#2 Padihijau Homestay

Merupakan rumah inap berkonsepkan kampung tradisional yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Menariknya, rumah inap yang berwarna cerah ini dikelilingi oleh sawah padi.

Konsep yang indah, persekitaran yang santai dan mendamaikan, ia jauh dari kesibukan kota. Bagi anda yang mahu #OOTD, bolehlah menginap di sini sambil menikmati keindahannya.

Sedikit tips, busana tradisional pastinya memberikan estetika yang anggun dan sesuai dengan suasana kawasan sawah padi yang terdapat di sini!

Gambar: IG @rj.rongjie
Gambar: IG @rj.rongjie

#3 Tamarine Square

Terletak di Cyberjaya, ia mengangkat tema ‘taman dalam bandar’. Pencinta alam semula jadi boleh melakukan aktiviti #OOTD kerana keindahan flora dan struktur bangunan yang ikonik.

Dengan struktur bangunan yang unik dan moden, ia dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang besar dan subur. 

Anda juga boleh menjamu selera dalam suasana yang tenang di salah sebuah kafe disini selepas penat ber-OOTD!

Gambar: IG @nnnaaaddd
Gambar: IG @nnnaaaddd

#4 Spacerubix 

Jangan lepaskan peluang ber-OOTD di Spacerubix!

Terletak di Puchong, anda boleh mengambil OOTD dengan berlatarbelakangkan bangunan yang berkosepkan rubix yang terang.

Rakam imej anda dengan cara unik disini. Ia boleh menjadi tempat yang cantik untuk OOTD Raya yang boleh anda kongsikan di laman Instagram anda!

Gambar: IG @sugaroute
Gambar: IG @sugaroute

#5 Kampung Pelangi

Terletak di Daerah Kuala Selangor, Kampung Pelangi dilatari persekitaran yang menenangkan seperti namanya.

Hampir keseluruhan kawasan, termasuk rumah dan jalan, dicat dengan warna-warna yang terang dan ceria.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menginap di rumah inap yang terdapat disini bagi merasai sendiri pengalaman hidup di kawasan kampung.

Tarikan lain seperti zoo mini, aktiviti memancing dan memanah.


 

Gambar: IG @nanad_glamnara
Gambar: IG @nanad_glamnara

#6 Bonda Valley

Tidak perlu melancong sampai ke Bali, pemandangan ini juga boleh didapati di Bonda Valley! 

Selepas seharian menyambut Hari Raya, anda boleh berehat dari segi emosi dan fizikal dengan menginap di sini.

Lokasinya tenang, luas dan bersih. Selain keindahan alam semula jadi, Bonda Valley turut dipenuhi arca-arca seni yang sememangnya sesuai untuk anda ber-OOTD! 

Gambar: IG @suetrotstheglobe
Gambar: IG @suetrotstheglobe

#7 Istana Bandar Jugra

Anda boleh melawat ke Pekan Jugra yang terletak di daerah Kuala Langat bagi melawat Istana Banda Jugra.

Semasa ber-OOTD di sini, anda juga boleh mempelajari sejarah Pekan Jugra yang menarik. Malah, tiada sebarang bayaran masuk dikenakan untuk ke istana ini. 

Tapak-tapak bersejarah lain yang boleh anda ber-OOTD seperti Masjid Alaeddin dan Muzium Insitu Jugra. 

Layari Selangor Tourism untuk maklumat lanjut. - Getaran, 12 Mei 2022 


 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 3 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 3 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN