Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Balik Kampung Dengan Selamat, Lancar dan Berpatutan

Dengan aplikasi Traveloka 'travel superapp', anda boleh balik kampung atau bercuti dengan selamat, lancar dan berpatutan. 

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 8:15AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri di perantauan, tahun ini pasti ramai yang mahu merebut peluang untuk balik kampung bagi meraikan hari kemenangan umat Islam ini.

Selalunya apabila merancang untuk beraya di kampung halaman, apa perkara utama yang bermain di fikiran anda? Lebih-lebih lagi dengan keadaan situasi semasa, di mana virus COVID-19 masih memburu mangsa-mangsanya.

Walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik, kita seharusnya terus berjaga-jaga kerana mana mungkin kita mahu meraikan Syawal dalam suasana menyedihkan gara-gara kelalaian diri sendiri.

Satu perkara yang harus anda pertimbangkan untuk pulang ke kampung kali ini ialah dengan membuat ujian saringan COVID-19 di rumah atau di klinik berhampiran terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung. 

Selepas itu, anda juga perlu fikirkan tentang penginapan. Jika rumah ibu bapa anda sememangnya tidak mampu menampung kesemua ahli keluarga (sehingga perlu bersesak-sesak), adalah lebih baik anda menempah penginapan komersial seperti hotel.

Jika kekangan kewangan menjadi isu untuk  tempahan hotel, anda perlu mencari alternatif terbaik.

Sempena Aidilfitri kali ini, Traveloka travel superapp melancarkan kempen 'Raya Sana-Sini' untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia merancang sambutan Aidilfitri yang terbaik.

Dengan aplikasi ini anda boleh balik kampung atau bercuti dengan selamat, lancar dan berpatutan.

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, Pengurus Besar (Malaysia) Traveloka, Angelica Chan memberitahu sebagai superapp pelancongan, Traveloka berhasrat untuk membantu semua umat Islam menikmati Hari Raya dengan cara selamat.

“Sebagai salah satu superapp pelancongan terkemuka di negara ini, Traveloka mahu semua rakyat Malaysia memanfaatkan perayaan yang akan datang, selepas berpisah daripada ibu bapa dan sanak saudara selama lebih daripada dua tahun.

Hari Raya adalah sambutan perayaan yang paling diraikan di Malaysia, dan kami berharap melalui superapp kami, kami dapat membantu rakyat Malaysia mencipta kenangan terbaik bersama rakan-rakan dan orang tersayang mereka,” ujar Angelica.

Dengan perlantikan Diana Danielle sebagai duta rasmi Traveloka, aplikasi ini juga ingin memperkasakan setiap pengguna aplikasi superapp yang ingin melancong di dalam dan luar negara untuk ‘Balik Kampung Seperti Diana Danielle’ – keupayaan untuk menyesuaikan pelan perjalanan dengan keperluan gaya hidup dan pelbagai pilihan tawaran, tidak kira pengangkutan, penginapan ataupun pengalaman gaya hidup seisi keluarga.

“Inovasi adalah sebahagian daripada DNA kami di Traveloka. Salah satu ciri-ciri unik superapp kami ialah kemudahan untuk menempah penerbangan pada syarikat penerbangan yang berbeza dalam perjalanan pergi dan balik.

Ia bertujuan untuk memperkasakan pengembara untuk menikmati fleksibiliti dan nilai daripada laluan perjalanan udara pilihan mereka, mengikut keperluan peribadi mereka.Perjalanan pergi dan balik mereka tidak dihadkan kepada sebuah syarikat penerbangan sahaja,” jelas Angelica lagi.

Dalam masa yang sama, Angelica juga menekankan bahawa, memandangkan Traveloka berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), tempahan yang dibuat melalui superapp Traveloka layak mendapat pengecualian cukai.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Traveloka Malaysia turut mengadakan majlis berbuka puasa dan 'Meet and Greet' bersama duta rasmi Traveloka, Diana Danielle.

Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, yang mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan bufet Ramadan hotel tersebut yang popular, berikutan pelonggaran sekatan SOP COVID-19.

Pada acara itu, Diana Danielle turut berkongsi pengalamannya sebagai ibu muda dan isteri, merancang perayaan Aidilfitri selepas dua tahun beraya di perantauan. 

“Ini adalah Raya pertama sejak pandemik di mana semua rakyat Malaysia akan dapat berkumpul tanpa sekatan. Untuk Diana sekeluarga, tahun ini merupakan tahun untuk berhubung semula dengan keluarga dan orang-orang tersayang.”

Superapp perjalanan Traveloka membolehkan kami meriangkan lagi pengalaman balik kampung serta memberikan pengalaman yang lancar, selamat, mudah dan lebih bernilai untuk setiap ringgit.

Melalui Traveloka, pengguna boleh menempah penerbangan pergi dan pulang dari destinasi mereka dengan syarikat penerbangan berbeza,” ujar Diana.

“Ini amat penting bagi mereka yang mempunyai keluarga besar dan keluarga yang mempunyai anak kecil dan ibu bapa yang sudah tua.

Fleksibiliti dalam jadual, kemudahan harga akan benar-benar menjamin pengalaman perjalanan yang indah.

Selain itu, dengan menggunakan kod kupon Duit Raya TVLKRAYA550, pengguna layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM120,” tambah bintang skrin besar kesayangan itu. - Getaran, 28 April 2022

Gambar: Traveloka / Our Photogs

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

3

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

oleh Rahayu MN

Gaya 18 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN