5 jam yang lalu: PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon di Jepun sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan dalam perangi COVID-198 jam yang lalu: Kes serangan seksual Bill Cosby bermula di California8 jam yang lalu: 3 pendatang maut ketika bot penyeludup karam di Mexico8 jam yang lalu: TikTok membolehkan pencipta kandungan mengenakan bayaran langganan bulanan8 jam yang lalu: PBB berkata negara kaya membahayakan kanak-kanak di seluruh dunia
Berita Terkini
5 jam yang lalu: PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon di Jepun sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan dalam perangi COVID-198 jam yang lalu: Kes serangan seksual Bill Cosby bermula di California8 jam yang lalu: 3 pendatang maut ketika bot penyeludup karam di Mexico8 jam yang lalu: TikTok membolehkan pencipta kandungan mengenakan bayaran langganan bulanan8 jam yang lalu: PBB berkata negara kaya membahayakan kanak-kanak di seluruh dunia
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Perkhemahan merupakan satu aktiviti riadah yang biasanya dibuat secara berkumpulan. Akan tetapi, terdapat juga sesetengah individu yang melakukannya secara solo atau berdua sahaja, namun ia memerlukan pengalaman dan sedikit kemahiran untuk dilaksanakan.
Aktiviti perkhemahan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari satu malam dan antara lokasi yang menjadi pilihan ramai ialah kawasan perhutanan.
Walau Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui semasa anda mahu memasang khemah sejurus tiba di lokasi tapak perkhemahan.
Kepada individu yang berhasrat atau baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini, segmen jelajah kali ini berkongsi lima tip memasang khemah di dalam hutan.
Keadaan tanah
Ketika hendak memasang khemah, keadaan tanah perlu diambil kira bagi memberikan keselesaan untuk bermalam serta mengelakkan daripada berlakunya keruntuhan khemah sesudah ia dipasang.
Cari permukaan yang sedikit rata dan pada masa yang sama, pastikan kawasan tersebut dikelilingi pokok muda dan mempunyai rimbunan daun hijau.
Ia bagi memastikan khemah anda tidak akan dihempap dengan pohon atau tunggul kayu yang patah dan sudah tua akibat ditiup angin kuat.
Kemudian bersihkan kawasan tersebut dengan membuang objek-objek yang tajam seperti kayu atau ranting tajam bagi mengelakkan kerosakan khemah dan kecederaan.
Tambahan lagi, kawasan tersebut perlulah dikelilingi oleh pokok-pokok untuk menghindari khemah anda terbang ditiup angin.
Periksa laluan denai
Denai menurut kamus dewan bahasa bermaksud bekas masuk jejak binatang di dalam hutan.
Perkara ini penting bagi mengelakkan khemah anda berada pada laluan binatang buas terutamanya jika kawasan tapak khemah tersebut berhampiran dengan sungai.
Ini kerana terdapat pelbagai penghuni hutan lain yang menggunakan sungai sebagai sumber air.
Malah ia bukan sahaja merujuk kepada laluan tetapi juga kawasan pembuangan najis atau tempat tidur binatang buas, jadi semua ini perlu dikenal pasti.
Risiko khemah dirempuh oleh binatang tersebut juga mungkin terjadi kerana kebanyakan laluan denai adalah tempat mereka bergerak dengan aktif.
Jadi, lakukan beberapa kajian mengenai cara untuk mengesan denai di dalam hutan sebelum anda melaksanakan aktiviti ini.
Gali Longkang
Setelah selesai memastikan dua perkara di atas, barulah anda disarankan memasang khemah di tapak yang telah dipilih.
Kemudian gali permukaan tanah mengikut arah menurun kedudukan khemah untuk dijadikan longkang. Curahkan air atau pasir di atas khemah, kemudian perhatikan di mana ia jatuh. Tempat di mana air atau pasir jatuh itulah kawasan yang sesuai untuk memulakan tugas galian.
Ini bertujuan bagi mengalirkan air atau mengelakkan kawasan anda bertakung jika berlaku hujan yang lebat
Jadi tidaklah anda berdepan risiko tidur beralaskan air banjir.
Sebagai langkah tambahan, anda disarankan untuk mengguna sejenis alas yang dipanggil ground sheet sebagai lapisan bahagian bawah di dalam khemah kerana ia mempunyai fungsi kalis air.
Gambar: indiamart.com
Tabur Belerang
Belerang atau sulfur berfungsi sebagai bahan kimia yang boleh menghalang binatang berbisa seperti ular, labah-labah dan seumpamanya daripada memasuki sesebuah kawasan.
Bahan ini boleh didapati secara dalam talian dan ia mempunyai pelbagai faedah.
Dalam hal perkhemahan ini, taburkan serbuk belerang di sekeliling khemah terutamanya ketika malam menjelma dan waktu tidur.
Ini termasuk dalam kasut dan stokin bagi mengelakkan serangga atau haiwan berbisa masuk ke dalam khemah tersebut .
Pemasangan perimeter
Pemasangan perimeter bermaksud membuat satu ukuran lilit mengikut kawasan permukaan sesebuah tapak perkhemahan menggunakan tali serat pada ketinggian paras buku lali bagi menandakan tempat perkhemahan anda.
Besar ukuran jejarinya pula mengikut kesesuaian tempat dan jumlah bilangan ahli yang menyertai aktiviti ini.
Ini bagi memastikan setiap ahli tidak tersesat semasa melakukan pentadbiran peribadi seperti hendak membuang air atau menyalin pakai di tempat yang disediakan.
Menjelang malam pula, tali tersebut perlu dinaikkan ke paras pinggang dan ia bertujuan untuk mengelakkan anda tersesat atau terkeluar daripada kawasan tapak tersebut.
Tambahan pula, anda juga boleh menggantungkan beberapa loceng kecil pada tali tersebut untuk anda lebih peka jika terdapat binatang yang masuk ke kawasan anda apabila loceng tersebut berbunyi.
Jadi bagi sesiapa yang mempunyai keinginan untuk melakukan aktiviti perkhemahan, anda boleh memulakan langkah secara perlahan-lahan.
Kepada pendatang baharu dalam aktiviti ini, disarankan untuk menyertai kumpulan berpengalaman supaya anda boleh mempelajari dengan lebih mendalam daripada individu yang lebih arif.
Selamat berkhemah! - Getaran, 24 Mac 2022
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan
2
Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual
3
Demi Jayakan Babak Aksi, Marsha Tak Kisah Lebam Badan
Popular Sekarang
Semasa2 jam yang lalu
Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual
Filem & TV5 jam yang lalu
'KKN Di Desa Penari', Kisah Seram Nyata Yang Berjaya
Semasa21 jam yang lalu
Jagung Sebagai Alternatif Dedak Ayam, Negeri Diminta Sedia Tanah
Lawatan Media 'Influencer' Cuti-Cuti Malaysia Promosi Keunikan Terengganu
Selera1 hari yang lalu
Amalkan Snek Bijak Untuk Tubuh Badan Sihat Bertenaga
Tidak kira apa jua juadah yang anda nikmati, adalah sangat penting untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kekal bertenaga dan sihat sepa...
oleh Rahayu MN
Gaya8 jam yang lalu
Terpesona Di Pameran Petang Raya 2006-2022 Bernard Chandran
Berlangsung di Fahrenheit88 dari 20 Mei hingga 20 Julai 2022, kemasukan adalah percuma!
oleh Zaidi Che
Selera1 hari yang lalu
Sajian Goreng Kilas Terbaik Asia Kini di Sunway Pyramid