web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pulau Rusukan Besar Dianugerah Sijil Premis Penginapan Pelancong

Penganugerahan sijil ini melayakkan Pulau Rusukan Besar menerima bantuan MOTAC dari segi promosi, bantuan kewangan (geran pelancongan) dan anugerah pelancongan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 9:14AM

Gambar: Muqtadir Halim, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat Peranginan Pulau Rusukan Besar yang popular di Sabah telah dianugerahkan Sijil Premis Penginapan Pelancong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Penganugerahan sijil itu akan melayakkan Pulau Rusukan Besar menerima bantuan MOTAC dari segi promosi, bantuan kewangan (geran pelancongan) dan anugerah pelancongan.

Pemangku Pengarah MOTAC Labuan Azmi Ahmad Ross berkata pengusaha di Pulau Rusukan Besar juga layak menerima insentif cukai daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Mana-mana pengusaha pusat peranginan atau hotel yang berdaftar dengan MOTAC akan turut menikmati faedah penarafan dan dibenar mengambil pekerja asing,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan sijil itu di Pulau Rusukan Besar hari ini.

Beliau berkata penganugerah sijil itu juga akan membolehkan kerajaan memiliki angka sebenar (data dan statistik) hotel serta pusat peranginan yang beroperasi di seluruh negara.

 

This is one of the “spot” you will able to see for our wreck dive ☺️☺️ Book your seat with us today, and let us show you more of this beautiful wreck and reef? https://wa.me/60128336316

Posted by Labuan Rusukan Besar Resort on Thursday, February 24, 2022

“Kerajaan melalui MOTAC akan dapat merangka pelan pembangunan pelancongan di semua negeri dan daerah berdasarkan data serta statistik itu termasuk bagi pembesaran dan menaik taraf kemudahan pelancongan,” katanya. 

Pengusaha Pulau Rusukan Besar Jeffrey Lee pula berkata ketiadaan jeti pelancongan di kawasan yang ditetapkan menjadi punca kekurangan pelancong berkunjung ke pulau pelancongan di sini.

“Bagi membangunkan Pulau Rusukan Besar, perlu ada jeti pelancongan dibina supaya pengunjung dan pelancong dari luar Labuan boleh mendapat akses serta maklumat untuk ke pulau itu.

“Sebagai pemain industri pelancongan, MOTAC boleh membantu menjalin kerjasama dengan Malaysia Airline dan AirAsia untuk mengadakan penerbangan terus dari negeri lain (seperti Pulau Pinang, Johor, Kuching) dan Brunei ke Labuan,” katanya.

Beliau turut merayu kepada pihak berkuasa tempatan agar segera melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih jeti yang rosak di pulau itu.

Pusat Peranginan Pulau Rusukan Besar adalah premis perniagaan pelancongan keenam yang menerima sijil itu selepas Hotel Dorsett Grand, Hotel Aifa, Hotel dan Apartment Ambassador 3, Hotel Labuan Point serta Hotel Jati. - Bernama

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden