Berita Terkini

40 minit yang lalu: Lebih 1,000 kekosongan jemaah haji tolak tawaran sudah penuh - Idris 44 minit yang lalu: Jawatan Zuraida sebagai ahli MPT Bersatu gugur serta merta - Setiausaha Agung BERSATU 2 jam yang lalu: Sektor perlombongan mampu jana pelaburan RM6.7 bilion di Sarawak 2 jam yang lalu: Jepun rancang buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing pada Jun 5 jam yang lalu: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin umum sertai Parti Bangsa Malaysia

IKUTI KAMI


Karnival Beautiful Terengganu Buka Tirai Aktiviti Kalendar Pelancongan

Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan dipromosikan dalam karnival ini dengan pelbagai pakej diskaun menarik.

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 2:42PM

Para pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukan bunga api pada Majlis Perasmian Karnival Beautiful Terengganu 2022 di Tasik Kenyir malam tadi. Gambar: Mohd Syafiq Ambak, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karnival 'Beautiful Terengganu 2022' yang bermula Khamis lepas membuka tirai aktiviti kalendar pelancongan di negeri itu dalam mencapai sasaran tiga juta pelancong pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Fadli Yusof Zakaria berkata bertempat di Pulau Poh dekat Tasik Kenyir di sini, pelbagai aktiviti dan produk pelancongan dipromosikan dalam karnival tersebut dengan pelbagai pakej diskaun menarik.

“Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu adalah usaha kerajaan negeri dalam merancakkan kembali sektor pelancongan domestik serta platform untuk penggiat industri memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

 “Penganjuran karnival ini bukan sahaja menonjolkan Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan yang terunggul di Malaysia, malah ia juga dapat menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi rakyat negeri melalui impak aktiviti rantaian daripada sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian karnival itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh di Pulau Poh, Tasik Kenyir malam tadi.

Antara aktiviti menarik sepanjang karnival tersebut ialah pameran agensi kerajaan pusat dan negeri, jualan pakej pelancongan istimewa yang ditawarkan pemain industri, pertandingan memasak ikan baung, pertandingan rumah bot dan bot laju berhias, pakej Kenyir Trail, permainan sukan rakyat serta acara utama pada malam perasmian iaitu pertunjukan Kenyir Aqua Light and Sound, pertunjukan ukiran laser Tasik Kenyir dan pancutan air berirama.

Kerajaan Terengganu telah merancang 22 acara utama untuk mewarnai kalendar pelancongan pada tahun ini antaranya Festival Warisan Sungai, Karnival Candat Sotong (April), Karnival Budaya Terengganu (Jun), Karnival Pantai (Julai), Terengganu International Air Festival (Ogos), Tenggiri Challenge dan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (September), Alami Rasa Terengganu (Oktober), Tasik Puteri Jet Ski Challenge (November) dan Monsoon Casting Tournament (Disember).

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai teruja dengan tarikan baharu yang ditawarkan di Pulau Poh, Tasik Kenyir kerana menyediakan kemudahan prasarana bertaraf antarabangsa.

Seorang pekerja swasta, Muhammad Ramli Ngah, 45, berkata Tasik Kenyir kini berwajah baharu dengan wujudnya jeti terminal penumpang berhawa dingin dengan reka bentuk yang menarik, pakej mengelilingi tasik dengan bot laju serta jambatan ikonik yang menjadi tumpuan pelancong terutama generasi muda.

“Rasa bangga sangat kerana Terengganu kini mempunyai tarikan tersendiri yang unik dan pada masa sama masih mengekalkan keindahan alam semula jadinya. Apabila taman tema air, hotel dan taman ekstrem beroperasi pada Jun nanti, pasti Tasik Kenyir akan terus jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara," katanya yang datang dari Dungun bersama keluarga ke karnival itu.

Seorang lagi pengunjung, Nur Alifah Abdul Karim, 32, pula optimis usaha kerajaan merancakkan lagi industri pelancongan pascapandemik COVID-19 di Terengganu akan tercapai dengan kerjasama semua pihak terutama dalam aspek keindahan dan kebersihan.

“Bagi saya, promosi sudah bagus dan boleh diperhebatkan lagi, tapi paling penting bagaimana hendak kekalkan kebersihan dan keindahan Pulau Poh ini kerana itu yang akan menjadi perhatian pelancong dalam menikmati percutian yang selesa dan menyeronokkan.

“Begitu juga dengan kemudahan infrastruktur lain seperti akses jalan raya ke Tasik Kenyir perlu lebih sempurna dan pencahayaan pada waktu malam agar pelancong berasa lebih yakin, selamat dan teruja untuk datang ke sini," katanya. - Bernama

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Lawatan Media 'Influencer' Cuti-Cuti Malaysia Promosi Keunikan Terengganu

2

TARA 1 minggu yang lalu

Nasi Kucing, Bakpia Mesti Cuba Kalau Ke Yogyakarta

3

TARA 2 minggu yang lalu

Suasana Meriah Di Dash Resort Langkawi

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

China Bina Bandar Hijau Pintar Bertaraf Antarabangsa

Sorotan

1

Ibu Parah, Ditikam Anak Usia 14 Tahun Ketika Sedang Tidur

2

Axiata Catat Kerugian RM42.97 juta

3

Persembahan Berkonsep Perkusi Jadi Santapan Di GOE

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

SIFA 2022 Beri Tumpuan Pada Ritual Persembahan

oleh Zaidi Che

Jelajah 4 jam yang lalu

Istana Belon Seluas 28,000 Kaki Persegi Sempena Cuti Sekolah 

Taman permainan sebesar dua kolam renang bersaiz Olimpik ini bakal berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Piazza Tingkat 3, dari 28 Mei hingga 26 Jun 2022.

oleh Rahayu MN

Teknovasi 1 hari yang lalu

Xbox Mengumumkan 5 Permainan PC Terbaharu

Baru-baru ini, Xbox telah mengumumkan beberapa lagi senarai permainan PC yang baharu.

oleh Izwan Ramlan

Teknovasi 1 hari yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

oleh Izwan Ramlan