web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pantai Floria Presint 4 Putrajaya Kini Berwajah Baharu

Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini antaranya memancing, berkayak, bot kawalan jauh dan tapak perkelahan untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dengan kadar bayaran berpatutan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 8:51AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Putrajaya kini dengan bangganya memperkenalkan wajah baharu Pantai Floria yang sering menjadi tumpuan ramai untuk merakam panorama matahari terbenam. Pantai dan sisiran Floria yang terletak di kawasan Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya itu dibuka kepada orang ramai secara rasminya pada 1 Mac lalu.

Antara komponen utama Pantai Floria ialah pantai buatan (Sandy Beach) sepanjang 100 meter dengan keluasan 600 meter persegi. Pantai ini dilengkapi dengan menara tinjau untuk petugas keselamatan, peti pertolongan cemas, kawasan lapang, air pancuran, dan tempat duduk bertingkat yang selesa.

Hanya 100 orang boleh dimuatkan dalam satu masa. Jadi, jika anda tidak mahu menunggu lama atau bersesak, pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat tarikan ini.

Di sepanjang persisiran tasik Anjung Floria terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan antaranya memancing sepanjang 150 meter, rekreasi air seperti berkayak, bot kawalan jauh (RC boat) dan tapak perkelahan untuk pengunjung meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan kadar bayaran berpatutan. 

Jika anda ke sini sebelum 16 Mac ini, tiada sebarang bayaran dikenakan. Promosi ini bersempena ulang tahun ke-26 Perbadanan Putrajaya yang jatuh pada 1 Mac 2022.

Kawasan rekreasi yang juga berhampiran dengan kemudahan permulaan ‘pit stop’ laluan basikal di Putrajaya ini merupakan lokasi yang mudah diakses serta dilengkapi dengan pelbagai fasiliti. Antaranya adalah cyclist kafe, surau, tandas awam, tong sampah serta kawasan parkir yang luas. 

Berlatarbelakangkan panorama tasik Putrajaya dan beberapa binaan ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Saujana, Pantai Floria sudah tentunya akan menjadi lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Putrajaya untuk beriadah dan bersantai.

Perbadanan Putrajaya akan terus memberikan perkhidmatan dan pengurusan perbandaran yang terbaik termasuk aspek rekreasi bandar khususnya dan memperbanyakkan lagi destinasi tumpuan pelancongan dengan elemen yang lebih inovatif bagi menyokong Putrajaya sebagai bandar rekreasi terunggul.

Bagi anda yang berminat untuk membawa keluarga berjalan-jalan pada hujung minggu ini, bolehlah jadikan tarikan ini sebagai salah satu pilihan. Pantai Floria beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari.

Ingat, amalkan kawalan kendiri seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setiap kali berada di tempat awam. - Getaran, 10 Mac 2022

Sumber: Perbadanan Putrajaya 

Gambar: Perbadanan Putrajaya dan Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN