web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Firefly Mulakan Semula Operasi Penerbangan Dari Pulau Pinang 11 April

Firefly akan memulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dengan pelancaran penjualan tiket bermula 11 April ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:54AM

Gambar: Facebook Firefly Airlines

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Firefly akan memulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dengan pelancaran penjualan tiket bermula 11 April ini kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Philip See.

Beliau berkata pelanggan boleh boleh mendapatkan tambang serendah RM69 sehala dengan penerbangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800.

"Penerbangan ini bakal bermula dengan dua kali penerbangan pergi balik dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dan satu kali penerbangan pergi balik dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu.

"Kami juga akan meningkatkan sehingga tiga kali penerbangan pergi balik dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dan dua kali penerbangan pergi balik dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu mulai 25 April depan,” katanya kepada pemberita pada majlis Firefly Media Meet di Kota Kinabalu. 

Beliau berkata pelanggan akan mendapat fleksibiliti dan keselesaan seperti pemilihan tempat duduk, perlindungan insurans dan penyediaan makanan dalam penerbangan.

Katanya, sebagai sebahagian daripada Malaysia Aviation Group, rangkaian kukuh dan perkongsian kod bersama Malaysia Airlines dan MASwings akan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar kepada pelanggan, sekali gus mempelbagaikan rangkaian Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, Thailand, Indonesia dan Singapura.

“Firefly juga bakal menjalin kerjasama dengan beberapa penyedia makanan tempatan Malaysia bagi hidangan panas dalam penerbangan.

Pada masa yang sama, Philip berkata pemilihan Sabah disebabkan negeri berkenaan selalu menjadi tumpuan para pelancong tempatan atau pelancong dari luar negara.

Sehubungan itu katanya, tiket penerbangan kini boleh didapati menerusi aplikasi Firefly, laman web, tempahan pejabat serta menerusi ejen pelancongan dan pelanggan boleh membuat tempahan di laman web Malaysia Airlines menerusi perkongsian kod bersama Firefly bermula sejak 1 Mac lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan