web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keunikan Tokong Si Thian Kong, Tarikan Baharu Pelancongan Di Kuala Pilah

Keunikan Tokong Si Thian Kong yang tersergam indah di Kuala Pilah menjadi antara tarikan pelancongan di negeri ini dengan limpahan lampu neon dan LED berwarna-warninya.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 11:22AM

Gambar: Bernama/ Izzul Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keunikan Tokong Si Thian Kong yang tersergam indah di Kuala Pilah menjadi antara tarikan pelancongan di negeri ini dengan limpahan lampu neon dan LED berwarna-warni menaikkan semangat masyarakat Cina untuk menyambut Tahun Baharu Cina kali ini.

Rumah ibadat itu mempunyai nilai sejarah tersendiri merupakan lambang kebanggaan masyarakat Tionghua di Kuala Pilah. Ia menjadi lebih menarik kini kerana panorama waktu malam dapat disaksikan menerusi limpahan lampu berwarna-warni menghiasi bangunan itu.

Cahaya berwarna-warni itu turut menyerlahkan hiasan patung harimau serta objek lain dan lebih 2,000 tanglung digantung di perkarangan tokong tersebut. Tahun Baru Cina 2022 adalah Tahun Harimau, (haiwan ketiga dalam kitaran 12 haiwan dalam zodiak Cina).

 Dekorasi patung harimau gergasi ditempatkan di Tokong Si Thian Kong menjadi tumpuan para pengunjung untuk merakam gambar sebagai kenangan
Dekorasi patung harimau gergasi ditempatkan di Tokong Si Thian Kong menjadi tumpuan para pengunjung untuk merakam gambar sebagai kenangan

Pemangku Pengerusi Pertubuhan Penganut Dewa Si Thian Kong, Tee Kim Hai berkata dahulunya rumah ibadat itu dikenali sebagai Tokong Sam Seng Keong terletak di pekan Kuala Pilah kemudian pihaknya membina tokong baharu di Lot PT 2157, 7 Kilometer Jalan Tampin Kuala Pilah, pada 2009.

“Tokong ini dibina di tanah seluas 4.8 hektar dikelilingi alam semula jadi, telah siap sepenuhnya pada 2015, kami mempunyai kira-kira 11 pekerja dan Tokong Sam Seng Keong yang berusia lebih 100 tahun telah lama ditutup. 

Limpahan lampu neon, LED berwarna-warni dan pelbagai dekorasi bercahaya menghiasi persekitaran Tokong Si Thian Kong
Limpahan lampu neon, LED berwarna-warni dan pelbagai dekorasi bercahaya menghiasi persekitaran Tokong Si Thian Kong

“Kalau dilihat ukiran bangunan ini, semua idea adalah hasil perbincangan ahli dalam pertubuhan ini, kami tidak melantik mana-mana pereka dalaman, sebab itu kerja dekorasi pada tokong ini dibuat secara berperingkat. Kami juga sedang membina bangunan ruang pejabat untuk tokong ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain masyarakat Cina, bangsa lain turut mengunjungi tokong tersebut hampir setiap hujung minggu bagi mengambil gambar perkahwinan atau berswafoto di luar perkarangan tokong itu.

Katanya bersempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini, pihaknya menyasarkan 500 hingga 1,000 masyarakat Tionghua berkunjung ke tokong tersebut dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Persiapan rapi sudah dibuat sejak enam bulan lalu dengan pelbagai hiasan di sini. Walaupun ruang tokong ini besar, tetapi pihak kami perlu mengehadkan pengunjung kerana tidak mahu menjadi punca kluster COVID-19,” katanya.

Selain itu beliau berkata pihaknya turut mengehadkan hanya 30 orang dibenarkan bagi satu-satu masa untuk tempoh 15 minit bagi setiap individu semasa upacara sembahyang. 

Katanya individu yang hadir diminta mematuhi penjarakan sosial, lengkap menerima dua dos vaksinasi serta memakai pelitup muka. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden