web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohd Hafiz Manfaatkan TikTok Promosi Pelancongan Di Perlis

Mohd Hafiz, mesra disapa Aizat atau Ijat, mempunyai perwatakan ceria dan menggunakan loghat Perlis dengan gaya bersahaja yang pasti menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menonton video TikToknya.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 2:37PM

Gambar: Tangkapan layar TikTok @ijat9084

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang Tiktoker yang popular di Perlis, Mohd Hafiz Md Yatim, 31, memanfaatkan medium sosial berkenaan bagi mempromosikan destinasi menarik dan produk pelancongan yang terdapat di negeri ini.

Tiktoker merupakan individu yang kerap berkongsi atau muncul dalam video menerusi aplikasi TikTok.

Jururawat Pakar Urologi hospital swasta di Pulau Pinang yang mesra disapa Aizat atau Ijat itu, mempunyai perwatakan ceria dan menggunakan loghat Perlis dengan gaya bersahaja yang pasti menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menonton video TikToknya.

Akaun TikTok anak jati Mata Ayer, Perlis yang diberi nama ‘@ijat9084’  kini mempunyai seramai 181,100 pengikut dalam aplikasi TikTok. 

@ijat9084

Kalau shopping d padang besaq jangan lupa singgah makan tang ni,, bawah arked niaga yg 2 tingkat tu ja.. memang sedap meletop??

♬ original sound - Aizat Apiz Duta PERLIS✌️? - ??En Duta Aizat Hafiz ✌️

Menurut Mohd Hafiz beliau mendaftar untuk membuka akaun TitTok pada 2018 dan hanya aktif menghasilkan video menerusi aplikasi tersebut pada Februari 2021 bagi mengisi masa terluang di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendamik COVID-19.

“Sebagai anak jati Perlis, sudah pasti saya rasa bangga dan berpuas hati dapat memperkenalkan produk pelancongan di negeri kelahiran sendiri menguna loghat harian,” katanya kepada Bernama sambil ketawa kecil.

Beliau berkata  antara video TikTok mengenai lokasi pelancongan yang mendapat sambutan hangat ialah Pasar terapung Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) Perlis yang sudah mencecah 1.2 juta penonton dan 80,000 tanda suka (like).

Mohd Hafiz berkata selain mempromosi detinasi menarik di Perlis beliau juga menghasilkan video memperkenalkan tempat makanan tempatan menarik yang terdapat di negeri ini.

Katanya beliau berazam untuk terus menghasilkan video mempromosikan tempat dan produk makanan di sekitar Perlis bagi membantu ekonomi rakyat negeri ini.

“Saya tidak boleh bantu dari segi lain, jadi saya gunakan pengaruh yang saya ada untuk menaikkan lagi ekonomi rakyat Perlis dan saya dapat lihat ramai yang komen di ruangan video saya mengatakan kandungan saya menarik dan sangat membantu dalam promosikan produk makanan dan tempat menarik di Perlis,” katanya.

Bagi Mohd Hafiz, seelok-eloknya kandungan yang dihasilkan oleh Tiktoker Malaysia mestilah menjaga etika dalam menunjukkan ciri-ciri orang Melayu yang penuh kesopanan untuk menjadi tontonan setiap lapisan masyarakat dari golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

“Sekarang ini golongan kanak-kanak sudah pandai menggunakan sosial media jadi kandungan yang dibuat mestilah dijaga supaya mereka ini tidak dipengaruhi dengan kandungan yang tidak elok kerana ia juga boleh mencemarkan nama, imej kita dan keluarga.

Haters (pembenci) adalah salah satu cabaran yang menaikkan kita tetapi kalau terlalu melampau sehingga merosakkan imej kita, mungkin jalan terakhir adalah menyekat daripada menonton kandungan video kita,” katanya.

Mohd Hafiz berkata sekiranya sebahagian daripada mereka memberikan komen yang membina serta menjaga aib kita, maka ia akan diterima dan diberikan respon yang positif.

“TikTok ini sekadar suka-suka dan santai sahaja untuk menghilangkan tekanan. Kita juga boleh mendapatkan maklumat yang bermanfaat daripada Tiktoker lain sebab dalam TikTok ini ada juga sudut yang positif bergantung kepada diri kita untuk memilih nak ikut yang macam mana,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden