web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2022 Tahun Berjalan! Ketahui Cara Jimat Guna Pas Perjalanan

Grab Malaysia memperkenalkan ‘Grab Travel Pass’ sebagai sokongan kepada MOTAC untuk menyemarakkan kembali industri pelancongan tempatan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 11:09AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri pelancongan Malaysia mengalami penguncupan ketara akibat pandemik COVID-19.

Penurunan mendadak sebanyak 71% direkodkan sepanjang 2020 oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Kemerosotan ini paling dirasai oleh 3.5 juta rakyat Malaysia yang bekerja di bidang pelancongan. Sektor ini menyumbang lebih 23% sumber tenaga kerja untuk negara kita.

Sehubungan itu, Grab Malaysia (Grab) memperkenalkan ‘Grab Travel Pass’ sebagai sokongan kepada MOTAC untuk menyemarakkan kembali industri pelancongan tempatan.

Pas perjalanan ini direncana untuk penjimatan ke atas keperluan asas pelancongan tempatan merangkumi harga tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan dan kawasan tarikan. 

Selain MOTAC, Grab turut bekerjasama dengan rakan niaga sektor pelancongan seperti Malaysia Airlines, Firefly, Agoda dan Klook sebagai usaha bersama memulihkan ekonomi negara.

Ia adalah sebahagian usaha korporat Grab dalam menyokong pemulihan ekonomi negara, lebih-lebih lagi sewaktu fasa Pelan Pemulihan Negara (PNP) yang sedang berlangsung sekarang. 

Mengulas lanjut, Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia selaras dengan sasaran kementerian untuk menghidupkan kembali ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

“Kami teruja dengan inisiatif Grab menyokong Pelan Pemulihan Pelancongan yang bertujuan membangunkan semula industri pelancongan tempatan.

“Dengan pelbagai tawaran dari Grab, kami harap warga Malaysia akan tertarik dan berminat meneroka pelbagai destinasi menarik di negara ini.

“Ini akan membantu mereka yang berkecimpung dalam industri pelancongan tempatan untuk bangun semula dalam meneruskan kehidupan dengan selesa,” ucap Nancy Shukri.

Pengarah Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, “Teras wawasan Grab ialah sentiasa merangka kaedah baharu bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kian berubah.

“Kami turut teruja bekerjasama dengan rakan niaga dengan tujuan sama, bagi memajukan lagi cara orang Malaysia merancang kembara dan pelancongan mereka ketika era norma baharu ini.

“Dengan sokongan MOTAC, diharapkan inisiatif ini dapat menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan tempatan demi mempertingkatkan mutu kehidupan kita,” jelasnya.

Pas perjalanan yang memenuhi keperluan pelancongan anda

Grab Travel Pass boleh diperolehi di aplikasi Grab. 

Menariknya, pas perjalanan ini boleh didapati pada harga pengenalan RM4.90 (Harga biasa: RM9.90) yang menyediakan pelbagai diskaun penjimatan melebihi RM250.

Anda boleh mengakses dengan mudah diskaun-diskaun ini yang meliputi tawaran istimewa seperti tiket penerbangan, kemudahan hotel, pengangkutan dan penghantaran menerusi rakan-rakan niaga Grab yang terlibat, seperti:

#1 Firefly – Potongan RM10 tiket penerbangan domestik (sah sehingga 31 Januari 2022)

#2 Malaysia Airlines – Potongan 15% tiket penerbangan domestik (sah sehingga 21 April 2022)

#3 Agoda – Potongan 8% bagi tempahan penginapan (sah sehingga 10 Mei 2022)

#4 Klook – Potongan RM20 bagi tarikan pelancongan domestik (sah sehingga 31 Mac 2022) (Perbelanjaan minimum RM250 diperlukan).

Istimewa daripada Grab

Apabila anda membayar dengan GrabPay, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM30.

Gunakan Grab untuk mendapatkan potongan sebanyak RM5 untuk dua kali perjalanan ke atau dari KLIA/KLIA 2 (sah sehingga 28 Februari 2022). 

Dua kali perjalanan ke atau dari lapangan terbang di luar Lembah Klang juga turut layak mendapat potongan sebanyak RM5 (sah sehingga 28 Februari 2022).

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan Grab Travel Pass di aplikasi Grab! Layari Grab Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 20 Januari 2022

Gambar: Fail & Grab Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN