Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Hotel-Hotel Baharu Di Malaysia Yang Mencuri Perhatian

Getaran ingin berkongsi hotel-hotel baharu yang boleh dicuba pada musim percutian akan datang. Ada yang sudah beroperasi, ada juga dijangka membuka pintunya pada 2022 nanti. Jom semak!

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 2:57PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apalah erti sebuah percutian jika tidak disertai dengan pengalaman menyeronokkan. Banyak faktor memainkan peranan untuk meraih atau mencipta percutian mengasyikkan.

Salah satu daripadanya ialah memilih lokasi untuk merebahkan diri setelah seharian sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tidur malam yang lena adalah aktiviti wajib! Tiada kompromi.

Disember adalah bulan percutian dan Getaran percaya ramai di antara anda sudah punya perancangan untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Hotel juga pasti sudah ditempah.

Tidak mengapa, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah hotel-hotel baharu yang boleh dicuba pada musim percutian akan datang. Ada yang sudah beroperasi, ada juga dijangka membuka pintunya pada 2022 nanti. Jom semak!

 

1) Sunway Hotel Big Box, Sunway City Iskandar Puteri

Gambar : Sunway Hotels
Gambar : Sunway Hotels

Terletak di Sunway City, hotel yang mula beroperasi pada 1 Oktober lalu ini mempunyai 284 bilik.

Ia menawarkan akses ke taman permainan semula jadi yang menghijau yang dikelilingi oleh beberapa hutan bakau yang paling subur di rantau ini, hasil daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan luar biasa oleh Sunway.

Tetamu boleh memilih lima jenis penginapan – Deluxe, Deluxe Plus, Family Suite Keluarga, Executive Suite dan Premier Suite.

Kesemua bilik dihias dengan reka letak kontemporari serta dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, IPTV skrin rata, peti sejuk mini, kemudahan membuat kopi dan teh serta katil sofa untuk bilik terpilih.

Sama ada percutian bersama pasangan, keluarga dan urusan perniagaan, Sunway Hotel Big Box mampu mencipta pengembaraan tersendiri buat anda.

Mana tidaknya ia terletak dalam syurga eko yang meliputi kawasan menghijau seluas 1,800 ekar. Terdapat laluan berbasikal, denai mendaki dan pelbagai aktiviti lain yang sedia menanti kunjungan tetamu.

Selain itu, anda juga boleh mengikuti aktiviti memacu adrenalin di X Park yang terletak berhampiran dengan hotel. Antara yang boleh dicuba ialah pemanduan ATV, go-kart, paintball dan meluncur salji (buatan).

Tidak dilupakan, ada pusat membeli-belah bertaraf dunia, Sunway Big Box Retail Park untuk anda yang gemar membeli-belah. Dengan keluasan 500,000 kaki persegi ia menempatkan pelbagai stor jualan yang pastinya mencuri perhatian.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Sunway Hotel. 

 

2) DoubleTree Putrajaya Lakeside, Putrajaya

Gambar : Hilton.com
Gambar : Hilton.com

Jika anda pengikut setia jenama hotel terkemuka Hilton, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk bermalam di DoubleTree Putrajaya Lakeside, yang baru dibuka beberapa bulan lalu.

Hotel yang dahulunya Pullman Putrajaya Lakeside ini mendapat maklum balas yang baik di platform-platform tempahan hotel dalam talian. Booking.com contohnya memberi ulasan skor 8.5 berdasarkan ulasan tetamu.

Mempunyai 290 bilik, hotel ini terletak di lokasi yang strategik, di mana jika anda memandu dari Kuala Lumpur dan menggunakan KL-Putrajaya Expressway, perjalanan ke sini hanya mengambil masa kira-kira 40 minit.

Sementara pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 hanya 20 minit. Sama ada kunjungan anda atas urusan perniagaan mahupun  bermalas-malasan, DoubleTree Putrajaya Lakeside adalah pilihan ideal.

Tarikan berdekatan termasuk Monumen Milenium, Masjid Putra, Pavilion Maghribi dan Taman Botani Putrajaya. Jangan lepaskan peluang bersantai di waktu petang di tepian kolam infiniti yang menghadap ke tasik. Kolam renang kanak-kanak juga tersedia. 

Sila layari laman web hotel ini untuk maklumat lanjut.

 

3) Aces Hotel, Kuala Lumpur

Tidaklah terlalu baharu kerana ia dibuka pada Disember 2020. Tetapi memandangkan ia terpaksa ditutup sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, kewujudan hotel ini bagaikan tidak disedari. 

Mengintai ke laman web hotel ini, Aces Hotel dikategorikan sebagai sebuah penginapan bajet yang terletak di tingkat lima Kompleks Kota Raya, salah satu mercu tanda Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1960-an. 

Terletak di lokasi strategik yang bertentangan dengan kawasan kejiranan Chinatown, anda akan dapati hotel ini menawarkan akses mudah ke pelbagai pilihan tempat makan, membeli-belah dan hiburan.

Hotel ini juga sesuai untuk pengembara beg galas kerana pelbagai mod pengangkutan awam boleh diakses dalam jarak berjalan kaki. Stesen kereta api terdekat ialah Stesen MRT Pasar Seni, Stesen MRT Merdeka, Stesen LRT Plaza Rakyat dan Stesen LRT Masjid Jamek.

Tarikan popular berdekatan selain Chinatown ialah Pasar Seni, Bukit Bintang dan Chow Kit. Selain itu, anda juga boleh meneroka pelbagai makanan jalanan, menjamu tempatan ke kafe hipster serta mengintai deretan kedai cenderamata yang menjual pelbagai hasil seni artisan. 

Boleh lawati laman web hotel ini untuk maklumat selanjutnya atau ikuti akaun Instagram mereka untuk promosi terkini. 

 

4) Parkroyal Langkawi Resort, Langkawi

Gambar : parkroyallangkawi.com
Gambar : parkroyallangkawi.com

Setelah melalui beberapa kali fasa penangguhan, Parkroyal Langkawi Resort yang terletak di lokasi depan pantai utama di Pantai Tengah ini dijangka sedia untuk menerima kunjungan tetamu pada May 2022.

Kedudukan hotel di pantai terpanjang di UNESCO Geopark Langkawi ini membuatkan ramai yang sudah tidak sabar untuk melakar memori di hotel ini. 

Apa tidaknya, resort ini dikelilingi oleh restoran, pusat hiburan malam dan aktiviti pantai, serta 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 18km dari bandar Kuah. Cukup strategik untuk mengelilingi Langkawi.

Menawarkan 310 bilik, termasuk suite premium dengan kolam renang terbuka yang unik serta tujuh vila eksklusif.

Antara kemudahan yang tersedia termasuklah restoran 24 jam dan bertema, bar pantai, spa, gimnasium, lounge keluarga dan kolam renang bertingkat.  

 

5) Conrad Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Gambar : booking.com
Gambar : booking.com

Hotel yang diusahakan oleh Conrad Hotels & Resorts (Kumpulan Hilton) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada asalnya dijadualkan dibuka pada tahun ini. Namun, gara-gara pandemik, pembukaannya melepasi jangkaan awal. 

Terletak di dalam kawasan segi tiga emas, hotel ini akan menjadi sebahagian daripada pembangunan bercampur yang juga terdiri daripada sebuah menara pejabat.

Tetamu akan menikmati kemudahan akses ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan, kedua-duanya bersambung baik dengan jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur serta ke tarikan pelancongan seperti Menara Berkembar Petronas dan pusat beli-belah Bukit Bintang.

Apabila ia dibuka, hotel ini akan menampilkan restoran yang dibuka sepanjang hari, dua restoran istimewa dan satu bar. Selain itu terdapat juga spa, kolam renang dan gimnasium untuk kemudahan tetamu. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 23 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN