web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fun Map Of Port Dickson Perkenal Lokasi Menarik Di PD

Brosur Fun Map Of Port Dickson ini mempunyai 'QR Code' bagi memudahkan pengunjung mendapatkan lokasi serta maklumat tentang tempat pelancongan menarik di Port Dickson secara cepat dan interaktif.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 11:03AM

Pantai di Port Dickson. Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memperkenalkan Fun Map Of Port Dickson sebagai inisiatif merancakkan semula aktiviti pelancongan di pusat peranginan daerah berkenaan yang suram hampir dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Tangkapan layar Fun Map of Port Dickson di laman web MPPD
Tangkapan layar Fun Map of Port Dickson di laman web MPPD

Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Muhammad Zaki Yahya berkata brosur tersebut mempunyai  'QR Code' bagi memudahkan pengunjung mendapatkan lokasi serta maklumat tentang produk pelancongan menarik di daerah ini secara cepat dan interaktif.

Katanya, brosur berkenaan diedarkan secara berperingkat ke 67 hotel di Port Dickson yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Sebanyak 100 helai brosur Fun Map Of Port Dickson diberikan kepada pihak hotel dan kemudian mereka (pihak hotel) akan mengedarkan kepada pengunjung yang datang menginap ke hotel masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Program Edaran Fun Map Pelancongan Port Dickson yang turut dihadiri Pengarah MOTAC Negeri Sembilan Siti Mazlina Maidin.

Tangkapan layar Fun Map of Port Dickson di laman web MPPD
Tangkapan layar Fun Map of Port Dickson di laman web MPPD

Antara lokasi menarik di Port Dickson menerusi Fun Map Of Port Dickson adalah ekopelancongan seperti PD Forest Sungai Menyala, pelancongan pertanian di Homestay Kampung Pachitan di samping pelancongan pantai termasuk Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Tanjung Biru.

Selain itu, beliau berkata terdapat pelancongan pendidikan seperti melihat anak bulan di Balai Cerap Teluk Kemang, melihat bintang di Taman Eco Rimba Pasir Panjang serta pengunjung boleh menikmati pelancongan makanan, melakukan aktiviti snorkeling Port Dickson dan mencari buaya di kelong memancing.

Katanya, pemantauan dan pengawasan di setiap lokasi tumpuan sentiasa dilakukan bagi memastikan orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN