web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SkyHelix Sentosa - Menara Panorama Tertinggi Singapura!

Bakal dibuka 15 Disember ini, SkyHelix Sentosa menjadi tarikan terbaru Kota Singa.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 8:53AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mari kita kenali SkyHelix Sentosa selaku menara tinjau mesra alam pertama dan tertinggi di Pulau Sentosa, Singapura! 

Terbit dengan ketinggian 70 meter dari paras laut, pengunjung dapat menikmati pemandangan sekeliling Pulau Sentosa secara 360 darjah sebaik sahaja gondola mula berputar di ketinggian 35 meter dari aras tanah.

Paling menarik, pengunjung seakan-akan ‘tergantung’ di tempat duduk masing-masing (dengan keselamatan maksimum) sambil menikmati panorama Greater Southern Waterfront di ketinggian 79 meter paras maksimum tersebut. 

Terletak berhampiran Stesen Kereta Kabel Sentosa, SkyHelix Sentosa dijangka bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan terbaharu di pulau peranginan terkenal di negara pulau ini.

Setiap ‘penerbangan’, pengunjung akan menduduki kerusi yang tersedia untuk perjalanan ke atas puncak selama 12 minit, termasuk 10 minit di atas puncak tertinggi, dalam keadaan gondola yang berputar secara perlahan.

Istimewanya, semasa sesi pemutaran tersebut, pengunjung juga dapat menikmati minuman eksklusif yang disediakan oleh pasukan Duck Restaurant & Bar. Rasai hembusan angin sepoi-sepoi bahasa sambil berswafoto bersama mereka yang tersayang!

Dari pagi hingga malam, SkyHelix Sentosa menawarkan pemandangan keliling Pulau Sentosa yang berbeza-beza. Keindahan strukturnya juga berubah dari pagi ke malam. Pada waktu malam, lampu-lampu LED mesra tenaga bakal menerangi sepenuhnya menara tinjau putih ini.

Faktor keselamatan pula bukanlah satu penghalang kerana struktur SkyHelix Sentosa ini direka dan dibina oleh syarikat pakar aerodinamik terkemuka dari Perancis. Gondolanya sahaja dikuasakan dengan tiga mesin takal elektrik yang berteknologi tinggi. 

Sistem keselamatan elektronik diguna pakai secara maksimum bagi memastikan keselamatan pengunjung. Tambahan keselamatan lain, ketinggian pengunjung wajib melepasi 1.05 meter untuk menaiki menara peninjau serba canggih ini. 

Tiket berharga $18 (Dollar Singapura) untuk dewasa, manakala $15 (Dollar Singapura) untuk kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 12 tahun. Setiap tiket akan disertakan dengan pilihan antara minuman atau cenderamata. 

Bagi memastikan keselamatan lanjut, SkyHelix Sentosa hanya boleh dinaiki oleh pengunjung yang telah melengkapi kedua-dua dos mereka sahaja. Pengunjung kanak-kanak pula wajib ditemani seorang pengunjung dewasa.

Had saiz kumpulan pengunjung turut akan dipantau serta proses sanitasi menyeluruh akan dilakukan dari masa ke masa. Layari SkyHelix Sentosa untuk maklumat lanjut. - Getaran, 18 November 2021

Gambar: Mount Faber Leisure

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN