web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Bercuti Secara Maya Dengan Tonton 6 Drama Korea Ini Di Netflix!

Ubati kerinduan melancong ke luar negara dengan menonton pemandangan indah pelbagai negara yang disajikan dalam K-drama popular.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 8:45AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak suka melancong ke luar negara bukan? Lebih-lebih lagi ke negara empat musim kerana ia menjanjikan pemandangan yang cukup luar biasa. Namun, situasi pandemik COVID-19 menjadikan percutian ke luar negara sedikit rumit kerana ada kekangan atau batasan yang perlu diambil kira. 

Jika boleh pun, anda mungkin tidak dapat melakukan perjalanan sebanyak yang anda mahu. Berita baiknya ialah anda boleh menghilangkan kerinduan mengembara dengan mengintai lokasi-lokasi pengambaran yang menjadi latar lokasi drama Korea (K-drama) di Netflix. 

Jom semak K-drama yang menarik bagi mengubat kerinduan anda untuk ke luar negara!

'Home Town Cha-Cha-Cha'

Adakah anda berminat melawat Korea? Walaupun anda mungkin sudah biasa melihat  pemandangan bandar-bandar ternama di dalam K-drama, 'Hometown Cha-Cha-Cha' tampil sedikit berbeza. 

Kebanyakan adeganmemperlihatkan bandar fiksyen Gongjin dan Pohang. Manjakan mata anda dengan pemandangan indah perkampungan tepi laut, di mana terdapat banyak pantai yang indah dan rumah api yang sesuai untuk percutian romantis. Tanpa disedari anda akan mula menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke bandar-bandar ini suatu hari nanti.

'Guardian: The Lonely and Great God'

Adakah anda berharap boleh melawat negara lain dalam sekelip mata? 'Guardian: The Lonely and Great God' boleh menjadikan perkara ini suatu kenyataan apabila Kim Shin ingin ke Quebec, Kanada. Sebuah pintu menjadi portal ajaib dan penonton disajikan dengan pemandangan indah kota Quebec. 

Dedaunan musim luruh yang berkilau keemasan boleh dilihat semasa watak utama melawat ke beberapa tarikan klasik seperti Hotel Fairmont Le Château Frontenac, Fontaine de Tourny dan banyak lagi.

'The Package'

'The Package' adalah siri yang paling sesuai jika anda suka melancong ke Perancis. Jika kebanyakan siri lain memfokuskan pada satu atau dua bandar, 'The Package' menunjukkan lebih banyak lagi tentang Perancis. 

Selain Paris, drama ini juga menonjolkan Rennes, Saint-Malo dan Mont Saint-Michel. Anda boleh berimaginasi dengan membayangkan diri melancong bersama-sama watak dalam siri ini dan menghargai pemandangan yang menakjubkan bersama mereka.

'Crash Landing On You'

Crash Landing on You mengisahkan percintaan antara seorang waris Korea Selatan dan seorang askar Korea Utara. Walaupun kebanyakan pengembaraan mereka terletak di kedua-dua Korea, Switzerland adalah tempat yang istimewa untuk pasangan itu. 

Destinasi menakjubkan seperti Tasik Brienz dan Panorama Bridge Sigriswil  cukup membuaikan perasaan, lebih-lebih lagi ia melibatkan adegan-adegan romantik teraju utama. Keindahan pergunungan Alps Switzerland juga tidak ketinggalan dipamerkan untuk tontonan.

'Memories of Alhambra'

'Memories of Alhambra' berkisar tentang permainan realiti yang diilhamkan oleh kisah-kisah Istana Alhambra di Sepanyol. Biarpun siri ini memfokuskan bahagian Alhambra dan Granada, Sepanyol, bandar lain di Sepanyol turut ditampilkan seperti Barcelona dan Girona. Bahkan beberapa adegan turut difilemkan di Hungary dan Slovenia. 

Sama seperti permainan realiti ini yang membawa pemain ke dunia baharu, penonton juga boleh berehat daripada realiti kehidupan dengan mengembara secara maya melalui siri ini.

'Encounter'

Havana, ooh na-na. Jika anda ingin ‘terbang’ ke Cuba, 'Encounter' adalah jawapannya. Siri ini mengisahkan tentang seorang wanita kaya dan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya bertemu di Cuba mahu bertemu semula di Korea. 

Nikmati seni bina unik Havana dan kehidupan malam yang dinamik, serta pemandangan indah esplanade ikoniknya dan tarikan-tarikan terkenal seperti Hotel Nacional de Cuba dan Fort of Saint Charles.

Jadi bagaimana? Sudah tahu destinasi yang ingin dikunjungi selepas ini? Jom mengembara dari sofa empuk di rumah masing-masing! - Getaran, 28 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN