Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Damba Ketenangan? Ini 5 Destinasi Percutian Wajib Dikunjungi

Jomlah bercuti! Rancang perjalanan supaya percutian yang diidamkan selama ini berjalan lancar. Bukan bersesak-sesak, berebut-rebut seperti tiada hari esok.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 9:03AM

Gambar: Rawa Island Resort

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya, hati berbunga-bunga. Kini, kita semua bebas untuk ke mana-mana. Sama ada mahu pulang menziarahi keluarga di kampung, mahupun bercuti menikmati sebuah ‘kebebasan’. Terpenjara di rumah bukannya sekejap, satu demi satu fasa PKP dilalui.

Jomlah bercuti! Rancang perjalanan supaya percutian yang diidamkan selama ini berjalan lancar. Bukan bersesak-sesak, berebut-rebut seperti tiada hari esok.  Ingat, Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan. Jangan tak tahu, Malaysia juga punya tarikan yang terkenal di seluruh dunia.  

Berikut beberapa idea lokasi percutian yang boleh anda kunjungi nanti.

 

1. Air Terjun Temurun, Langkawi

Gambar: Instagram @encik_adel
Gambar: Instagram @encik_adel

Rugilah kalau sudah sampai ke Langkawi, tetapi tidak menjejak kaki ke Air Terjun Temurun yang terletak di Hutan Simpan Machincang Langkawi, kira-kira 42km dari bandar Kuah.

Air terjunnya berketinggian 30 meter menciptakan keindahan alam yang mempesona. Biarpun agak lelah seketika ketika mendaki untuk sampai ke sini, tetapi semuanya berbaloi.

Di sini, anda boleh bermandi-manda sepuas hati dan berkelah sambil menikmati pemandangan alam yang mengasyikkan. Nyanyian unggas membantu merehatkan minda.

Di hutan lipur ini juga terdapat satu denai hutan yang menghubungkannya ke Hutan Lipur Pasir Tengkorak. Denai sepanjang 3km ini boleh diterokai  bersama teman-teman mahupun keluarga.

Namun, dinasihatkan supaya menggunakan khidmat pemandu arah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Selain Air Terjun Temurun, Telaga Tujuh juga boleh disinggahi. Air terjun popular di Langkawi ini dianggap sebagai formasi air terjun tercantik di pulau tersebut.  

 

2. Pulau Rawa, Mersing

Gambar: Facebook Tourism Johor
Gambar: Facebook Tourism Johor

Sekiranya anda teringin untuk melancong ke Maldives, jangan runsing lagi kerana Malaysia sendiri sendiri mempunyai beberapa destinasi persis Maldives yang boleh kunjungi.

Selain pulau-pulau di Sabah, anda juga boleh ke Pulau Rawa, yang terletak di daerah Mersing, Johor.

Biarpun tidak sepopular Pulau Perhentian dan Redang, namun pulau ini sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutamanya dari Singapura. 

Gambar: Rawa Island Resort
Gambar: Rawa Island Resort

Keindahan perairan di Pulau Rawa tidak perlu disangkal lagi. Panorama di pulau itu cukup mempesonakan.

Dengan pasir putih bersih, air laut yang jernih membiru, kunjungan anda ke pulau ini bagaikan berada di syurga dunia. Penuh privasi dan eksklusif. 

Hanya ada dua resort yang boleh dijadikan pilihan iaitu Rawa Island Resort dan Alang Rawa Resort.

 

3. Hutan Simpan Royal Belum, Perak 

Gambar: Instagram @gerik_silver
Gambar: Instagram @gerik_silver

Berusia 130 juta tahun, Hutan Simpan Royal Belum merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia yang melangkaui usia hutan hujan Congo dan Amazon! 

Saksikan Harimau Malaya, Beruang Madu Malaysia, serta Tapir Malaya dalam habitat semula jadi mereka sambil menyusuri Sungai Papan.

Jika anda belum pernah menyaksikan haiwan-haiwan eksotik ini, maka inilah masanya merancang perkhemahan epik di hutan yang menyimpan pelbagai khazanah alam. 

Antara tarikan yang ada di sini ialah melawat beberapa perkampungan orang asli, menjejak bunga pakma (Rafflesia), singgah di Santuari Ikan Sungai Ruok, mandi-manda bersama spesis ikan di air terjun dan melihat jenut garam (salt licks).  

Jika anda bukan berjiwa kental untuk berkhemah, boleh pilih menginap di Belum Rainforest Resort yang menjanjikan pemandangan Tasik Temenggor.

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

Menawarkan tujuh jenis penginapan termasuk vila, Belum Rainforest Resort punya kemudahan memuaskan.

Ada bilik seminar, ada kolam renang, dua kafe untuk menjamu selera dan tidak ketinggalan Puteri Dewi Spa untuk memanjakan diri.

 

4. Titi Eco Farm, Negeri Sembilan 

Gambar: Instagram @titiecofarm
Gambar: Instagram @titiecofarm

Terletak di Negeri Sembilan, Titi Eco Farm Resort ialah tempat yang sempurna bagi para keluarga yang inginkan percutian bertemakan pertanian.

Kalau di kota anda staycation, di sini anda boleh farmcation. Pusat peranginan seluas 40 ekar ini dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan organik. 

Di Titi, pengunjung boleh mengasah kemahiran berkebun kerana tetamu boleh menanam dan menuai sayur-sayuran serta mempelajari sedikit sebanyak tentang pertanian organik.

Kanak-kanak juga boleh mengamati kehidupan seorang petani dengan memberi arnab makan, memerhati burung unta dan merasai sayur-sayuran organik yang dipetik sendiri. 

Namun begitu perlu diingatkan, tarikan ini adalah hak milik persendirian dan sebarang tempahan untuk lawatan perlu dibuat terus di laman sesawang mereka di www.titieco.com.my.

Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal. Boleh pilih pakej dua hari satu malam atau pakej balik hari.

 

5. Ye Olde Smokehouse, Fraser Hill

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Sebelum sedia untuk terbang ke negara-negara empat musim, percutian ke tanah tinggi mungkin boleh mengubat kerinduan anda untuk menikmati suasana dingin berkabus.

Selain Cameron Highland, apa kata memandu ke Bukit Fraser. 

Tidak kira walau di mana pun anda menginap, jangan lupa singgah sebentar ke Ye Olde Smokehouse untuk menikmati afternoon tea yang menyajikan skon menyelerakan.

Skonnya dibakar setiap hari untuk memastikan ia sentiasa segar, manakala jem strawberinya disediakan di dapur hotel dengan menggunakan strawberi yang dibawa khas dari Cameron Highland pada setiap minggu. 

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Hidangan skon ini hadir bersama minuman kopi dan beberapa jenis manisan lain. Selain dapat menghirup udara yang nyaman, hati juga terhibur dengan kicauan burung yang berlagu riang.

Selamat bercuti! - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi