web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas! Ini 10 Syarat MKN Sebelum Anda Mandi Sungai

Ketahui prosedur operasi standard yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara sekiranya anda ingin mengunjungi kawasan sungai dan air terjun.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 2:52PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susulan pengumuman kebenaran merentas negeri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu, sektor pelancongan domestik dijangka bakal mengalami peningkatan mendadak sempena pembukaan sempadan semua negeri di Malaysia. 

Selain aktiviti pulang ke kampung halaman masing-masing di negeri-negeri berlainan, ramai juga yang memasang niat ke kawasan beriadah atau taman eko untuk berkelah bersama rakan dan keluarga termasuklah sungai dan air terjun. 

Walaupun sudah melengkapi kedua-dua dos vaksin dan kembali menikmati aktiviti riadah alam semula jadi, haruslah beringat kita masih berada dalam fasa endemik. Virus COVID-19 ini sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat tanpa mengira tempat. 

Justeru, pembukaan aktiviti-aktiviti pelancongan domestik ini masih tertakluk di bawah peraturan dan SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

Sungai Kanching
Sungai Kanching

1. Hanya individu yang lengkap kedua-dua dos vaksin dibenarkan masuk. 

2. Anda wajib mendaftar masuk MySejahtera dan mengimbas suhu (harus kurang daripada 37.5 darjah celsius) serta tidak bergejala.

3. Wajib menunjukkan Sijil Vaksinasi COVID-19 kepada petugas yang bertugas.

4. Hanya individu yang berstatus ‘low risk’ dan ‘casual contact low risk’ yang dibenarkan masuk. 

5. Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa.

6. Memastikan jarak sosial 1 meter pada setiap masa.

7. Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam 1 hingga 3 meter.

8. Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam 3 hingga 5 meter.

9. Tapak perkhemahan perlu memastikan jarak 2 meter dengan khemah yang lain. 

10. Aktiviti bermalam tidak dibenarkan sama sekali.

Layari Majlis Keselamatan Negara untuk maklumat lanjut. - Getaran, 14 Oktober 2021

 Air Terjun Sungai Kanching
Air Terjun Sungai Kanching

Semua gambar: Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN