web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengintai Dunia Eksklusif Hotel Ikonik Burj Al Arab, Dubai

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2021 4:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan calang-calang orang yang mampu menginap di hotel paling mewah di dunia Burj Al Arab, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Hotel tujuh bintang ini sering menjadi pilihan elit termasuklah  selebriti dunia seperti Kendall Jenner, Roger Federer, Tiger Woods dan Gigi Hadid.

Dibangunkan pada 1999, hotel ini berdiri megah di sebuah pulau buatan yang turut memiliki pantai peribadi. Untuk menginap di sini, anda memerlukan belanja kira-kira RM10,000 semalam untuk bilik paling ‘biasa’. 

Terdapat 202 suite mewah yang tersedia, di mana masing-masing terdiri dari dua tingkat. Tingkat bawah menempatkan ruangan keluarga, ruang makan, dan ruang kerja. Manakala tingkat atas adalah ruang beradu yang dilengkapi dengan kamar mandi mewah. 

Pengalaman elit setiap tetamu bermula sebelum tiba ke lobi hotel lagi. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, anda akan dijemput ke hotel dengan kereta mewah Rolls-Royce penuh bergaya.  

Melangkah ke suite yang serba mewah, hati terus berbunga-bunga kerana it’s simply amazing! Bagaikan baru menaiki takhta kerajaan kerana semuanya tersedia. Setiap suite hadir bersama enam ‘butler’ yang akan melayan tetamu sepanjang masa.

Pendek kata, hotel tujuh bintang ini melangkaui imaginasi. Namun hakikatnya, bukan semua mampu bermalam di sini. Jadi, daripada terus tertanya-tanya tentang kehebatan Burj Al Arab, mungkin suatu hari nanti anda boleh ikuti lawatan berpandu ‘Teroka Burj Al Arab’ yang dilancarkan oleh pihak pengurusan hotel, Jumeirah Group baru-baru ini.

Lawatan seumpamanya ini adalah yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah 21 tahun hotel yang mempunyai gelanggang tenis tertinggi di dunia ini. Teroka Burj Al Arab (Inside Burj Al Arab) membolehkan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara merasai sendiri pengalaman unik lagi mengasyikkan di setiap inci hotel ternama ini. 

Lawatan berpandu yang diseliakan oleh seorang ‘butler’ ini mengambil masa selama 90 minit, di mana sepanjang tempoh itu tetamu akan mendengar pelbagai kisah-kisah menarik berkaitan hotel, selain dapat merakam foto-foto menarik untuk dijadikan kenangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Jumeirah Group, Jose Silva berkata, Teroka Burj Al Arab merupakan jelajah berpandu yang menakjubkan setanding dengan semangat inovatif bandaraya Dubai.

"Dubai merupakan destinasi bertaraf dunia. Kini, para pengunjung berupaya melihat sendiri cita-cita, visi dan keberanian di sebalik salah satu mercu tanda yang paling ikonik dan menyaksikan impian luar biasa Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai iaitu Yang Maha Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum menjadi kenyataan”. 

"Teroka Burj Al Arab jelajah berpandu yang menakjubkan setanding dengan semangat inovatif bandar ini. Ia akan menampilkan kehebatan layanan mesra Jumeirah Group yang serba mewah dan menonjolkan keyakinan kami dalam mewujudkan pengalaman tetamu yang luar biasa.

"Ketika dunia kembali pulih untuk menikmati aktiviti pelancongan, kami mempelawa para tetamu berkunjung ke 'dunia kemewahan sebenar', peluang menerokai kemakmuran Arab yang tersergam indah,” ujar beliau.

Lawatan ini merangkumi kunjungan ke atrium hotel dan Kamar diRaja yang begitu menawan serta Kamar Pengalaman yang direka khas dengan peranti interaktif digital yang membolehkan para tetamu melalui sendiri sejarah awal pembinaan yang menampilkan reka bentuk seni bina asli. 

Kamar diRaja
Kamar diRaja

Pada akhir lawatan, ruang istirahat eksklusif luar 'UMA' yang baharu ialah tempat yang mesti dikunjungi. Di sini tetamu boleh menikmati pemandangan perairan biru Teluk Arab yang jernih berkilauan dan matahari terbenam yang menakjubkan. 

Selain itu, UMA turut menawarkan pilihan makanan lazat bertaraf dunia serta minuman koktel Burj Al Jumeirah yang terkenal. Bagi menikmati kehebatan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini, tetamu boleh menempah meja untuk menjamah hidangan istimewa di salah satu restoran pemenang anugerah di hotel ini. 

Pelawat yang berminat menjadi salah seorang pengunjung awal untuk menyertai Teroka Burj Al Arab, boleh mendaftar di insideburjalarab.com

Anda juga boleh mengikuti akaun Instagram Burj Al Arab di  @insideburjalarab dan @jumeirahgroup untuk perkembangan terkini. - Getaran, 7 Oktober 2021

Gambar: Burj Al Arab &  Unsplash

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN