Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Hutan Simpan Berusia Lebih 200 Tahun Khazanah Alam Bernilai Di Pulau Tenggol

Ramai yang tidak mengetahui pulau yang terletak di daerah Dungun ini kaya dengan pelbagai khazanah alam dan tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan simpan kekalnya.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau Tenggol sememangnya dianggap sebagai syurga buat para penyelam berikutan keindahan hidupan di dasar lautnya yang mempunyai tarikan tersendiri berbanding pulau-pulau peranginan lain di Terengganu.

Namun, mungkin ramai tidak mengetahui pulau yang terletak di daerah Dungun itu juga kaya dengan pelbagai khazanah alam dan tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan simpan kekal yang berusia lebih 200 tahun. 

Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu Roslan Rani berkata Hutan Simpan Pulau Tenggol yang diwartakan sejak 1941 itu berkeluasan 207 hektar dan merupakan ‘hutan dara’ atau masih terpelihara daripada sebarang aktiviti termasuk pembangunan serta pencerobohan. 

“Hutan Simpan Pulau Tenggol merupakan satu daripada 44 hutan simpan kekal di Terengganu. Antara spesis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan simpan ini adalah spesis pokok Balau Laut dan Meranti dengan ada pokok-pokok ini berusia antara 150 hingga lebih 200 tahun.

“Di bahagian ‘lantai’ hutan ini juga terdapat banyak spesis herba seperti tongkat ali yang boleh dijadikan sebagai bahan kajian.

“Selain itu, terdapat juga pokok spesis Bogak yang boleh ditanam di atas pasu dan mempunyai nilai yang sangat tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di pulau berkenaan baru-baru ini.

Roslan berkata pihaknya sentiasa mengambil langkah proaktif untuk terus memelihara kawasan hutan simpan tersebut antaranya dengan mewujudkan petak ekologi atau Petak Hutan Simpan Dara berkeluasan lebih 133 hektar bagi aktiviti kajian mengenai spesis tumbuhan di situ.

Beliau berkata petak ekologi tersebut juga bakal dijadikan sebagai kawasan pembelajaran kepada pengunjung Pulau Tenggol terutama generasi muda supaya mereka lebih mengenali dan menghargai sumber alam sekitar itu. 

“Di sebahagian kawasan hutan simpan ini, kita akan meletakkan papan tanda yang memaparkan nama dan maklumat mengenai spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di dalam hutan simpan ini untuk pengetahuan para pengunjung,” katanya. 

Sementara itu, pemilik bersama Tenggol Coral Beach Resort Galaxxy Siew berkata kewujudan hutan simpan tersebut juga merupakan satu daripada daya tarikan pelancong ke pulau itu terutama pencinta alam semula jadi.

“Kita memang sangat berharap kawasan hutan di Pulau Tenggol ini sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan kerana ia memberi satu lagi nilai tambah kepada Pulau Tenggol kerana bukan sahaja golongan penyelam malah mereka yang sukakan tumbuh-tumbuhan juga akan suka datang ke sini.

“Kewujudan hutan simpan yang mengelilingi kawasan pulau juga menjadikan cuaca di sini sentiasa redup dan teduh.

“Jadi, pelancong dapat mandi di pantai tanpa rasa panas walaupun pada waktu tengah hari,” katanya yang ditemui pemberita pada program ‘Jom ke Pulau Tenggol’ selama empat hari bermula Khamis lepas.

Tenggol Coral Beach Resort yang beroperasi sejak 2013 merupakan antara tiga resort yang terdapat di Pulau Tenggol.

Dalam pada itu, Siew berkata bagi menggalakkan pengunjung lebih menghargai Hutan Simpan Pulau Tenggol, pihaknya menyediakan laluan pendakian di sebuah bukit berhampiran resort itu yang berketinggian kira-kira 100 meter.

Beliau berkata apabila berada di puncak bukit tersebut, para pendaki bukan sahaja disajikan dengan pemandangan Laut China Selatan malah mereka akan dapat menikmati kehijauan kawasan Hutan Simpan Pulau Tenggol yang terletak di bahagian belakang bukit. - Bernama

Semua gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Pahang Mula Dilanda Banjir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

7 Sekolah Di Terengganu Ditutup Kerana Banjir

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Selera 4 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi