web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Pusat Kraf Tangan Terbaik Harus Anda Lawati

Hilangkan stres kala pandemik, serlahkan kreativiti anda di lima pusat seni dan kraf tangan ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 2:46PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya berbaki tiga bulan sahaja sebelum kita memasuki tahun 2020. Rasanya masih belum terlambat untuk mencuba hobi baharu yang mampu mengasah bakat terpendam anda. Melalui karya seni, anda tentunya boleh mengekspresikan diri. 

Kelas atau bengkel seni dengan suasana yang tenang dan santai mampu memberikan fokus buat anda menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi. Hilangkan stres kala pandemik ini, serlahkan kreativiti anda di lima lokasi berikut:

#1 The Artsy Crafty 

Terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, organisasi ini membantu anda meneroka bakat seni yang terpendam. Ia menyediakan bengkel seni seperti catan kanvas, teknik adunan tanah liat, seni lukisan coretan dan banyak lagi.

Studio dihias dengan suasana tenang dan selesa bagi memberi inspirasi terbaik buat anda berkarya. Untuk maklumat lanjut, layari theartsycraftsy.com.

#2 Sewing World Gallery

Terletak di One City, Subang Jaya, Sewing World Gallery ditubuhkan sejak 1989. Ia turut menyediakan platform untuk pelukis menjual hasil seni mereka melalui ‘Tunku Azizah Handmade Market’  yang dimulakan pada 2010.

Galeri yang telah menerima pelbagai anugerah dari 2009 ini juga menawarkan bengkel kraf tangan dan pembelian produk buatan tangan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi mereka di SewingWorld.my.

#3 Clay Expression

Seperti namanya, Clay Expression menawarkan bengkel seni tanah liat. Anda boleh belajar membentuk tanah liat menjadi tembikar yang cantik mengikut kreativiti anda. Kelas-kelas dikategorikan kepada pelajar baharu (beginner), sedia (intermediate) dan mahir (advanced).

Bengkel yang terletak di Subang Jaya ini juga menawarkan kelas secara berkumpulan dengan minimum enam peserta dalam sesi satu jam. Jika anda ingin menumpukan sepenuh perhatian, kelas secara peribadi juga ditawarkan. Jika berminat layari clayexpression.com untuk mendaftar.

#4 Fabu Cafe

Kafe yang terletak di Bandar Sunway ini ditubuhkan oleh sekumpulan peminat teknologi dan kraf. Fabu Cafe menyediakan ruang komuniti yang lengkap dengan alatan seni berteknologi tinggi seperti laser, pencetak tiga dimensi dan mesin sulaman digital.

Selaras dengan namanya, Fabu Cafe memadukan seni dan teknologi dan turut menawarkan bengkel khusus untuk memupuk semangat seni bina dan kesenian dalam kalangan pelajar. Layari fabu.com untuk maklumat lanjut. 

#5 Laman Krafttani

Sejak 1999, Puan Esiah telah menghasilkan seni bunga tekap yang berjaya menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. 

Penggunaan bunga dalam hasil seni Puan Esiah semuanya ditanam di rumah kampungnya yang terletak di Kampung Sungai Lang Tengah. 

Anda boleh mengunjungi Laman Kraftani yang terletak di Kuala Langat ini untuk mempelajari seni bunga tekap yang menarik ini secara dekat. - Getaran, 30 September 2021

Semua gambar: Selangor Travel 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN