Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keliling Langkawi Dengan Vespa

Dengan Mototomo Langkawi, pelancong bebas menjengah keindahan alam semulajadi Langkawi yang mungkin selama ini tidak pernah disingkap mana-mana agensi pelancongan.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiket penerbangan sudah ditempah, hotel juga sudah. Kereta  juga sudah tahu di mana hendak disewa. Kini tinggal merancang aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tempoh percutian ke Langkawi, Kedah.

Memandangkan Langkawi menawarkan lambakan tarikan, memilih aktiviti yang diidamkan bukanlah satu isu bagi mereka yang sudah saban kali menjejakkan kaki ke bumi tumpah darahnya Mahsuri itu. 

Namun, kali ini mood percutian ke Langkawi pasti sedikit berbeza gara-gara sudah lama terkurung di rumah gara-gara COVID-19.

Kalau dulu mungkin ada yang lebih suka untuk berbelanja, mengikuti ‘island hopping’ dari satu pulau ke satu pulau atau melawat tempat-tempat tumpuan pelancong. 

Kini, lain ceritanya kerana biarpun hati meronta-ronta ingin bercuti, jauh di sudut hati, kebimbangan masih ada.

Lokasi tumpuan pelancong mungkin ingin dielakkan kerana ada kemungkinan anda perlu berbaris panjang untuk mengelakkan kesesakan. Maklumlah, ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

Okaylah, tidak perlu pening-pening kepala lagi memikirkan tentang aktiviti yang ingin dilakukan. Jika mahu melihat Langkawi dari kaca mata penduduk tempatan, apa kata anda kelilingi pulau ‘rebutan’ ramai ini dengan Vespa.

Trip yang ditawarkan oleh Mototomo Langkawi ini lain daripada lain kerana ia membawa anda mengembara ke laluan yang hanya diketahui penduduk setempat. 

Jangan tak tahu, Langkawi bukan sahaja ada lautan membiru dan pantai yang indah, tetapi ia menawarkan lebih daripada itu. Dengan Mototomo Langkawi, anda bebas menjengah keindahan alam semulajadi Langkawi yang mungkin selama ini tidak pernah anda ketahui.

Menurut pengasas Mototomo Langkawi, Mohd Azrald Azmi, 36, pelancong yang mengikuti trip Vespa bersama Mototomo Langkawi pasti berasa seronok dan berpuas hati kerana trip sebegini tidak pernah lagi disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan di pulau itu.

“Memang pelancong boleh menyewa Vespa di Langkawi dan bebas ke mana-mana, tetapi jika mengikuti trip yang kami sediakan, mereka boleh mengintai gaya hidup masyarakat di sini.

"Ini kerana kami akan bawa pelancong melalui jalan-jalan kampung, sawah padi dan yang paling menarik melalui ‘spillway’ unik di empangan terkecil di Malaysia, Empangan Saga.

"Dengan jambatan yang ditenggelami air, pasti pelancong teruja. Laluan-laluan ini selalunya orang Langkawi sahaja yang tahu.” ujar Azrald berkongsi cerita.

Tambahnya lagi, untuk menarik minat lebih ramai pelancong domestik mengikuti trip yang disediakan, kini pihaknya sedang merangka beberapa pakej yang dirasakan sesuai dengan selera orang Malaysia.  Salah satunya, pelancong boleh minta laluan atau trip yang mengikut kesukaan sendiri.

“Sejak awal penubuhan Mototomo Langkawi pada 2019, trip yang kami sediakan banyak mendapat sambutan dalam kalangan pelancong luar negara. Jarang-jarang sekali pelancong domestik yang berminat.

"Jadi, memandangkan sempadan negara masih ditutup, kami perlu tampil lebih kreatif dalam merangka pakej yang sesuai dengan selera penduduk kita.

"Mungkin kami juga akan perkenalkan trip yang bertema seperti 'food hunting', 'cultural' dan 'nature getaway' dan tempohnya mungkin sedikit pendek daripada biasa,” tambah Azrald teruja.

Biarpun pelancong dibawa mengembara ke jalan-jalan kampung, ini bukanlah bermakna anda  langsung tidak berpeluang melawat tarikan popular lain yang ada di Langkawi. Setiap pakej turut diselitkan beberapa tarikan menarik.

Malah, jika anda menepati masa dan tidak berhenti terlalu lama di sesuatu tempat, anda juga berpeluang melihat tarikan yang tidak tersenarai dalam pakej (atas budi bicara).

Bagi yang berminat melihat sisi berbeza Langkawi menggunakan Vespa, anda boleh menghubungi Mototomo Langkawi di talian 019-4917207.

Terdapat dua pilihan pakej yang ditawarkan buat masa ini iaitu, Morning Tour dan Sunset Tour yang mengambil masa empat jam tiga puluh minit dengan harga RM200 untuk sebuah Vespa. Tempahan perlu dibuat sehari lebih awal dan sekurang-kurangnya untuk dua orang.

Jika memilih Morning Tour, anda akan melalui kampung-kampung yang dilatari sawah padi, Pantai Pasir Tengkorak dan Air Terjun Temurun.

Manakala, untuk Sunset Tour, selain melalui kampung-kampung tradisional, anda akan dibawa ke Empangan Saga dan Pantai Kok untuk menikmati suasana tenang sebelum matahari melabuhkan tirainya. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh mengikuti akaun Instagram @mototomolangkawi

Mototomo Langkawi akan beroperasi semula bermula 1 Oktober ini. - Getaran, 16 September 2021

Foto: Mototomo Langkawi, @fedewished - Pasir Tengkorak, @pehtitus - Air Terjun Temurun dan @ayumizzayu - Pantai Kok

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki