web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Meditasi’ Taruhan Baharu Kumpulan Dependent

Dependen mahu muzik indie punk ala mereka didengari oleh semua lapisan masyarakat. Mereka juga mahu buktikan bahawa malas bukanlah sifat generasi milenium.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini menyaksikan kebangkitan banyak kugiran indie lama dan baharu yang kian mendapat perhatian meski negara berhadapan dugaan besar pandemik COVID-19. 

Dependent merupakan kumpulan alternative punk rock dari Ampang, Selangor. Mereka dianggotai oleh Shuaib Shahzaman Bakti selaku pemain gitar dan vokalis, Azam Azhari (gitar utama), Nur Edika Riezman (bass) dan Fariz Danial (dram).

Menurut Azam, lagu yang dibawakan mereka mengetengahkan isu-isu kecil yang mungkin tidak ramai peduli. 

“Kami sangat mementingkan melodi dan instrumentasi dalam setiap lagu dengan menggabungkan beberapa bunyi berlainan agar ia dapat menghibur semua lapisan masyarakat. 

“Sampai bila budak punk sahaja yang nak layan lagu punk, bukan? Kita kenalah tarik pendengar baharu,” katanya. 

Kini, Dependent melancarkan single terbaharu berjudul ‘Meditasi’ yang dipetik daripada album kedua, Duduk, Diam, Dengar yang bakal dikeluarkan tak lama lagi. 

Lagu ini dimulakan dengan petikan gitar akustik yang menyenangkan, disusuli dengan bunyi indie punk yang bercampur-aduk genre rock namun sangat menarik. Bukan itu sahaja, susunan lagu yang mereka tampilkan sangat catchy dan liriknya mudah diingati. Ia seakan diberi suntikan elemen J-Rock.

Menurut Azam, ‘Meditasi’ menceritakan pengalaman seorang insan yang hilang harapan dan tiada semangat untuk meneruskan kehidupan. 

“Lagu ini memberi peringatan buat semua agar reda menerima dugaan dan nikmat dunia. Ya betul, dalam setiap kejatuhan, pasti akan menimbulkan lebih banyak keraguan diri dan kita pun mula mempersoalkan kewujudan diri kita.

“Meditasi yang dimaksudkan dalam lirik lagu ini adalah muhasabah diri. Walaupun pahit untuk menerimanya, bermuhasabah dapat membersihkan kita daripada berfikir negatif. 

“Dalam masa sama, kita haruslah menghargai orang sekeliling dan meraikan kehidupan yang Tuhan kurniakan ini dengan rasa syukur,” katanya.

Sementara itu, Nur Edika menzahirkan rasa terkilan dengan tanggapan segelintir pihak bahawa generasi milenium malas dan mudah berputus asa. 

“Salah faham tentang generasi milenium sudah lama wujud. Malas itu bukan terletak kepada generasi, tetapi diri seseorang itu sendiri. 

“Dengan berkarya, kami berjaya membuktikan mereka salah. Kami menjauhi sikap malas dengan memilih bermain muzik dan mengejar impian kami. 

“Shuib yang banyak tulis lagu berdasarkan pengalaman dirinya dan kawan-kawan. Semua kisah yang disampaikan dalam lagu kami boleh dikaitkan dengan diri pendengar. Kami impikan masa depan muzik Malaysia yang matang dan bebas memilih bulu mengikut genre,” jelas Nur Edika.

Dalam perkembangan lain, Dependent dalam proses menyiapkan album kedua dan beberapa single yang akan dikeluarkan di YouTube. 

“Diharap ramai boleh menerima kami termasuk orang jauh. Sudah tentu matlamat kami mahu karya kami didengari satu dunia dan mudah-mudahan apabila keadaan reda nanti kami dapat beraksi di mana-mana acara gig,” ujar Faiz Danial. 

Sekiranya berminat membeli album pertama Dependent, Kopi Ais, Ikat Tepi anda boleh membuat tempahan di Instagram mereka. - Getaran, 20 Ogos 2021

Semua gambar: Dependent

Berita Berkaitan

1

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN