web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Spencer Sambung Legasi Hip Hop

Single ‘MyLuv’ adalah surat cinta Spencer buat buah hatinya yang dimuatkan dalam album sulung berjudul 'Are U Down?'.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 5:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut tentang Brooklyn pasti teringat gaya dan lenggok ‘Brooklyn Drill’, sebuah subgenre muzik terkenal di kota itu. Terkenal sebagai 'rumah' ramai penyanyi rap, bandar ini punya pengaruh besar terhadap perkembangan dunia hip hop. 

Tidak ketinggalan, bakat baru Spencer kini rancak mengikut jejak langkah barisan pejuang irama hip hop yang terlebih dahulu mencipta nama. Meskipun belum terkenal di rantau Asia, Spencer bernaung di bawah syarikat rakaman indie 4AD, sebaris dengan Grimes dan The National.

Dilahirkan dan dibesarkan di Rochester, Spencer mula berjinak-jinak dengan dunia muzik seawal usia empat tahun. Membesar dalam suasana penuh kreatif mempengaruhi kemahiran muziknya bahkan dia memenangi anugerah dalam acara jazz berprestij di Eastman School of Music.

Kemampuannya menggabungkan genre pop, hip hop, rock dan jazz telah menghasilkan muzik luar biasa yang dianggap sebagai sebuah mahakarya. Kebanyakan penulisannya  adalah curahan perasaan dan pengalamannya mengharungi pelbagai ujian hidup.

Kini, Spencer muncul dengan video rasmi single ‘MyLuv’ yang menghiasi album sulungnya,  Are U Down?

"Lucunya, ‘MyLuv’ terhasil secara spontan ketika saya lepak dengan kawan-kawan yang bermain Super Smash Bros. Ia sebenarnya surat cinta kepada kekasih bagi meraikan kasih sayang kami," kata Spencer. 

Penggambaran video muzik arahan Matthew Klahn ini mengambil masa selama dua jam dan dilakukan di Williamsburg Bridge di New York. 

“Ini adalah video terbaik yang pernah saya hasilkan. Menariknya tentang penggambaran ini, orang New York sangat peramah malah ramai yang masuk secara spontan dalam video ini.

"Pada mulanya saya fikir penggambaran ini akan terganggu apabila orang lalu-lalang tetapi sebaliknya berlaku. Hasilnya sangat memuaskan hati malah mereka yang terbabit secara tidak langsung ketika penggambaran itu pun bergembira," katanya. 

Album debut yang menggabungkan genre R&B, hip-hop, funk, indie, pop, jazz serta soul ini ditulis, dirakam dan dihasilkan sendiri Spencer ketika pandemik. Dia turut menyelitkan suara analog dan digital ke dalam karyanya untuk bunyi yang lebih menarik. 

Dalam perkembangan lain, Spencer telah mengumpul dana kebajikan sebanyak AS$10,000 (RM42,380) untuk Kelab Boys & Girls, sebuah persatuan yang menawarkan program pemerkasaan belia di kampung halamannya, Rochester.

Berkongsi kenangannya di Penfield High School,  Spencer berkata paling indah dan tidak dapat dilupakan adalah apabila dia bermain trompet dalam program jazz. Justeru itu, sebahagian besar sumbangan itu disalurkan untuk pembangunan acara muzik terbabit.

Single terbaharu Spencer berjudul ‘MyLuv’ boleh didengar di laman penstriman seperti Apple Music dan Spotify. - Getaran, 13 Ogos 2021

Semua gambar: Love Da Records


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

3

TARA 3 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN