Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Mimpiku’ Taruhan Baharu Hayley’s Komet 

Belajar daripada pengalaman lalu, 'Mimpiku' karya yang ditambah baik dan diharap dapat diterima semua peringkat umur.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meski masih ‘hijau’ di pentas indie tanah air, band rock Hayley’s Komet komited meneroka dan menghasilkan muzik segar dalam kembara seni mereka. 

Dianggotai Aniq selaku vokalis, Adam (pemain gitar utama), Musa (gitar), Imran (bass) dan Ehsan (dram), masing-masing pernah ada band sendiri dan punya rujukan muzik berbeza. 

Justeru, gabungan genre yang diperjuangkan sebelum ini mempengaruhi mereka menghasilkan karya baharu yang lebih unik. 

“Semuanya bermula apabila saya mahu cuba sesuatu yang baharu selepas gagal dengan band sebelum ini. Oleh sebab komitmen masing-masing bertukar dan susah mendapatkan undangan, kami pun ambil keputusan untuk bubarkan kumpulan itu. 

“Ketika itu saya buntu, macam mana mahu cari ahli band baharu terutamanya, pemain gitar dan drum, lebih-lebih lagi bila demo dah siap untuk diperdengarkan. Sangat sukar kerana kena serasi dengan mereka. Apapun, saya beruntung kerana akhirnya bertemu dengan ahli band yang serasi.

“Hayley’s Komet sebenarnya penjenamaan semula daripada band-band lama kami. Wujudnya band ini kerana kami mahu meneroka muzik pop dan rock dengan mengambil kira setiap input semua ahli kumpulan. Ini termasuklah genre muzik kegemaran mereka,” kata Aniq.

Menurutnya lagi, Harley’s Komet mempertaruhkan genre aggressive rock. Agresif itu merujuk kepada persembahan di atas pentas termasuk sikap sentiasa bersedia untuk belajar dan meneroka benda baharu.

“Walaupun demo pertama kami ‘Pasti’ tidak dapat maklum balas yang baik, ia banyak mengajar kami untuk menambah baik adunan dan muzik kami. 

“Marzuki dari kumpulan Crazy Grizzly banyak bantu kami dari segi susunan dan komposisi muzik. Ada sahaja benda baharu kami dapat belajar daripada dia. Benarlah kata orang, menuntut ilmu itu tiada noktah walaupun dah berumur,” kata Aniq lagi. 

Hayley’s Komet baharu sahaja melancarkan demo berjudul ‘Mimpiku’ di Soundcloud dan kini dalam proses menyiapkan karya terbaharu buat EP mereka.

“‘Mimpiku’ mengisahkan seorang jejaka menemui gadis idamannya namun tidak berani meluahkan perasaan kerana bimbang cintanya ditolak. 

“Lagu ini boleh dikaitkan dengan diri saya kerana susah mahu luahkan cinta kepada sesiapa pun. Cakap bab cinta, memang saya gagal. 

“Jadi lagu ini seakan mengungkap perasaan saya yang sudah lama terbuku. Satu ikhtibar yang saya belajar, janganlah simpan perasaan kerana ia mampu ubah hidup kita. Tidaklah kita rasa sedih dan menyesal,” kata Aniq lagi.

Berikutan penularan COVID-19, semua proses rakaman dilakukan di kediaman masing-masing. 

“Moga muzik kami dapat didengar dan dinikmati semua peringkat umur termasuk mak cik pak cik di luar bandar,” kata Aniq seraya ketawa. 

Hayley’s Komet berada di fasa terakhir rakaman EP mereka yang memuatkan enam lagu dan dijangka dilancarkan tahun depan. 

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan Hayley’s Komet, anda boleh layari laman sosial mereka di Instagram. - Getaran, 13 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

4

Muzik 5 bulan yang lalu

Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 11 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 18 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran