web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Indie Dari Rumah Dapat Sambutan Pencinta Muzik

Penganjur Atas Angin akhirnya menyenaraikan 40 kugiran indie dari tiga negara yang mengambil bahagian.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 2:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun berdepan pelbagai kekangan berikutan pandemik COVID-19, penganjur Atas Angin percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Untuk pengetahuan semua, Atas Angin bukan nama asing dalam arena muzik indie. 

Bahkan, mereka mengambil langkah berani mencari alternatif lain bagi menyesuaikan diri dengan situasi semasa. 

Tahun lalu misalnya, mereka menganjurkan gig fizikal, Atas Angin Recovery Show dalam norma baharu dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan berjaya membuktikan bahawa anak-anak indie mampu hidup walau apa jua halangan.

Menyedari semangat barisan pemuzik kian mengendur, Atas Angin berhasrat menghangatkan kembali suasana industri yang kian hilang serinya dengan menganjurkan Festival Indie Dari Rumah. Acara ini bakal memberi ruang kepada 40 kugiran indie yang terdiri daripada orang lama dan baharu.

Barisan fasa pertama diterajui nama besar muzik independen yang telah menarik perhatian ramai seperti 6ixth Sense, Patriots dan The Impatient Sisters.

Menurut pengasas Atas Angin, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam, awal perancangan acara ini hanya membabitkan kira-kira 30 kumpulan. 

“Dek kerana permintaan tinggi hingga ada yang sanggup menunggu sekiranya ada mana-mana kumpulan mahu berundur, saya rasa wajar untuk buka lebih banyak slot.

“Saya mahu festival ini beri impak besar kepada pemuzik. Dengan penganjuran ini, saya mula nampak ramai kembali berlatih dan ia satu petanda positif,” katanya. 

Lebih menarik, festival ini turut disertai wakil dari Singapura dan Indonesia iaitu Endah N Rhesa, Gaboh & Friends, Adhitia Sofyan, Enau, Iman’s League, Madman dan The Purnama’s bagi  sama-sama memeriahkan lagi acara. 

Ditanya adakah mereka berhasrat meneruskan festival ini, Bam berkata ia harus dijadikan acara tahunan. 

“Sebelum pandemik kami pernah menganjurkan konsert dalam talian, cuma konsepnya berbeza. Untuk pengetahun ramai, sudah dua musim konsert Ruang Sempit diadakan yang mana kami  memperkenalkan 15 kumpulan kugiran. 

“Memandangkan ia mendapat sokongan luar biasa pemuzik dan peminat, wajarlah Festival Indie Dari Rumah dijadikan acara tahunan agar dapat berkembang lebih besar,” katanya.

Menurut Bam lagi, festival sebegini dapat memberikan manfaat besar kepada penggiat muzik indie untuk jangka masa panjang. 

“Festival ini seakan gerakan pemangkin semangat sekali gus menghidupkan semula arena muzik independen tanah air. 

“Ia umpama simbol perpaduan antara anak seni dan pada masa sama menunjukkan kita mampu menghadapi segala rintangan jika bekerjasama serta saling menyokong. Bagi saya tiada halangan untuk kita berkarya.

“Apa yang membezakan penganjuran kali ini adalah ia 100 peratus percuma. Jadi,  pemuzik dan peminat tidak perlu mengeluarkan duit. Niat saya mahu bantu menyatukan komuniti ini agar lebih maju ke depan,” katanya. 

Bagi Getaran, usaha Atas Angin harus disokong dan diraikan bersama kerana ia membuktikan bahawa wujud lagi penganjur yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi memberi ruang artis berkarya. Ia secara tidak langsung menyediakan platform buat penggiat seni melepaskan rindu kepada gig fizikal yang entah bila dapat dinikmati semula.

Jika anda berminat  menonton persembahan ini, Festival Indie Dari Rumah bakal berlangsung pada 18 hingga 31 Julai di saluran YouTube Atas Angin. 

Ikuti maklumat lanjut dan pengumuman terkini di laman sosial mereka di Twitter dan Instagram. – Getaran, 16 Julai 2021

Semua gambar: Atas Angin

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN