web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Memang Masterpiece! Mari Lalui Jejak Rock And Roll Ala Jemson

Dari susunan lagu, barisan artis undangan hinggalah kepada rekaan kulit album, boleh dilihat tiada aspek yang tidak diambil kira atau dilepas pandang oleh duo Jemson ini.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gandingan dua anak seni Myo dan Najmi yang menempa nama melalui kugiran masing-masing, Oh Chentaku dan Incarnation, ternyata serasi dan mantap apabila mereka bergabung untuk menubuhkan kugiran Jemson

Jemson yang tampil dengan album penuh mereka yang juga diberi judul Jemson memuatkan sebelas lagu dan sebuah bonus track.

Menariknya album ini dipenuhi dengan karya-karya yang berpaksikan genre rock sepanjang zaman. Setiap lagu menawarkan getaran klasik yang mengimbau kenangan rock tahun 80-an dengan adunan elemen pop dan punk moden.

Album yang menampilkan ramai artis dan pemuzik tersohor seperti Noh Salleh, Naim Daniel, Vinesh Trophy Knives, Sam Bunkface, Rudeen, AG Coco, Nazrin SOG dan legenda rock tempatan Izo XPDC ini boleh dianggap sebagai karya agung Jemson kerana setiap lagu dan kolaborasi bersesuaian dengan suara serta gaya muzik masing-masing.

Pembuka tirai album Jemson, lagu berjudul 'Lu Power' adalah pilihan pembuka album yang tepat. Sebuah lagu yang rancak yang menyengat, ia mencetus semangat untuk terus mendengar lagu-lagu berikutnya. Disusuli dengan 'Antara Benua', pendengar diusung ke arah dimensi yang sama. 

Lagu-lagu berikutnya iaitu 'Mula Semula', 'Kau Jiwaku', 'XPDC', dan 'Sakit Hati' meredakan denyutan jantung pendengar. Lagu-lagu tersebut yang disulami dengan gorengan guitar solo Najmi menjemput pendengar berkhayal dan hanyut dalam lamunan. 

'Pape Saje' pula mengajak pendengar kembali goyang badan angguk kepala selepas dibuai kemanisan lenggok irama 'Fan Boy'. 'Lagu Paling Kecewa Dalam Dunia' pula merupakan balada rock putus cinta yang disampaikan dengan penuh emosi dan penulis tidak hairan jika lagu ini sudah menjadi siulan ramai.

Bonus track album ini yang berjudul 'Maybe', saduran lagu kugiran Couple, adalah penyudah yang cocok untuk album Jemson. Walaupun diberi diberi nafas baru dan disuntik dengan gaya asli Jemson, ia tetap menghormati karya asal.

Dari susunan lagu, barisan artis undangan hinggalah kepada rekaan kulit album, boleh dilihat tiada aspek yang tidak diambil kira atau dilepas pandang oleh duo Jemson ini. Dari permerhatian penulis, mereka benar-benar nekad untuk menghasilkan sebuah album yang mencerminkan jiwa rock ‘n’ roll mereka. 

Mendengar album Jemson secara keseluruhan, penulis anggap ianya suatu perjalanan muzik yang membawa penulis mengembara ke alam rock ‘n’ roll dari sudut mata hati Jemson.

Setiap karya yang dimuatkan ke dalam album ini menyaksikan tahap kebijaksanaan Myo dan Najmi dalam susun atur muzik. - Getaran, 25 Jun 2021


 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN