web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Secto Lantang Suarakan Isu Semasa Dalam 'Kutip'

‘Kutip’ memberi isyarat kepada anak muda untuk terus berjuang menegakkan kebenaran.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menegakkan keadilan dan menuntut kebebasan bersuara menjadi topik hangat yang sering diperjuangkan anak muda generasi ini. Berbuih mulut mereka bercakap tentang isu ini namun pihak pemerintah tetap alpa.

Ramai orang tua berkata anak muda zaman ini sangat berani menunjukkan emosi, cepat melenting dan susah berdiam.

Bagaimana tidak? Bila kami melihat sendiri kesan parah pada ekonomi dan kehidupan rakyat yang perit menghadapi hari-hari mendatang kerana impak pandemik serta ketidakstabilan politik.

Ketika generasi muda lemas dalam keadaan yang merunsingkan dan hak bersuara mula menjadi terhad, perjuangan untuk kelangsungan hidup menjadi kiblat buat semua. Justeru itu, ramai dalam kalangan generasi muda mula berani berlantang suara tentang isu penindasan yang semakin kerap berlaku.

Secto merupakan sebuah kolektif yang dihasilkan dengan misi untuk meningkatkan kesedaran tentang isu sosial dan cabaran yang dihadapi oleh anak muda melalui muzik.  

“Kami berharap agar muzik kami dapat menjadi satu medium untuk menyebarkan mesej mengenai isu sosial dan memberi kata-kata harapan buat generasi belia di Malaysia.

“Kami turut berharap agar mereka terus berjuang untuk menegakkan kebenaran kerana berapa ramai lagi yang harus ‘dikutip’ kerana dinafikan kebebasan bersuara dan berseni?” kata Secto.

Meskipun baharu sahaja ditubuhkan, Secto yang terdiri daripada pelbagai cabang penggiat seni ini, tidak asing di medan hip hop bawah tanah. Kini, mereka mempertaruhkan EP terbaharu bertajuk ‘Kutip’ yang menyentuh isu sosial semasa. 

“EP ini adalah petanda bahawa anak muda bukanlah sebodoh yang disangkakan. Kami mempunyai sifat ambil tahu dan sentiasa sedar dengan keadaan sekeliling kita. 

“Lagu-lagu kami menceritakan tentang kehidupan rakyat marhaen yang sedang berjuang setiap hari untuk meneruskan kehidupan mereka di saat sesetengah pihak bersenang-lenang dengan kehidupan mewah mereka.

“Ia juga turut menjadi isyarat buat mereka yang masih leka untuk bangun dan ambil tahu tentang masalah yang ramai sedang hadapi,” tambah lagi mereka.

Secto berpendapat bahawa hip hop dan rap bukan sahaja genre yang boleh dijadikan sebagai hiburan malah ia juga alat untuk kita berfikir.

“Sebagai seniman, kami berasa ia satu kewajipan untuk mengatakan perkara-perkara ini dan menyedarkan orang ramai tentang isu yang kini menghantui kehidupan masyarakat Malaysia. Selain itu, rentak dan melodi yang dihasilkan bakal mempengaruhi pendengar hingga ke mood serta mencetuskan pemikiran kritis dan mendalam.

“Oleh itu, kami berharap agar para pendengar dapat merasai sendiri naskah yang dihasilkan ini dan dapat berfikir secara kritikal tentang apa yang sedang berlaku.

“Kami berjuang untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk generasi masa depan. Kesusahan dan cabaran yang diharungi bakal menjadi tajuk cerita untuk dicurahkan kepada anak cucu suatu hari nanti.”

EP terbaharu Secto berjudul ‘Kutip’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan Secto dan berita terkini tentang karya mereka, jangan lupa jenguk media sosial Secto di Instagram dan YouTube. - Getaran, 25 Jun 2021

Semua Gambar: Ihsan Secto 


 


 


 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN