Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Takjub Dengan Semangat Rakyat Palestin, Pemilik Akaun TikTok Peluk Islam

Sering berkongsi terjemahan ayat al-Quran di TikToknya, warga Amerika Syarikat, Megan Rice akhirnya memeluk Islam di hadapan pengikutnya

Indie Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2023 3:45PM

gambar X @Alhamdhulillaah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilik akaun Tiktok @megan_b_rice dari Amerika Syarikat akhir melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan kira-kira 10,000 pengikut.

Sebelum ini, menerusi hantaran di X, Rice sering melahirkan rasa kagumnya dengan semangat rakyat Palestin yang kini berdepan dengan kekejaman tentera Israel.

Rice juga sering berkongsi terjemahan ayat al-Quran dengan pengikutnya, iaitu selepas  tercetusnya konflik terbaharu antara Palestin dan Israel pada 7 Oktober lalu.

Konflik itu ternyata membuka mata individu bukan Islam di seluruh dunia untuk memahami perjuangan rakyat Palestin di Gaza.

Menurut Rice,  walaupun rakyat di Gaza menghadapi pembunuhan beramai-ramai, namun masih berpegang teguh pada kepercayaan mereka.

“Jadi, hari ini menerusi video ini, saya ingin menyatakan betapa saya mengagumi rakyat Palestin kerana nampaknya orang Palestin mempunyai kepercayaan yang teguh, walaupun kehilangan segala-galanya secara literal.

“Ramai yang meninggalkan komen dan berkata, ‘ Ya, itulah Islam, anda membaca al-Quran?

“Anda mungkin perlu membaca al-Quran,” katanya menerusi hantaran di akaun X @Alhamdhulillaah.

Malah, Rice turut menyatakan rasa ingin tahu bagaimana rakyat Palestin boleh memiliki tahap keimanan yang jitu ketika sedang menghadapi peperangan yang dahsyat.

“Saya juga ingin tahu mengenai apa dan bagaimana? Walaupun di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai tahap keimanan (rakyat) Palestin masih begitu kuat,”  ujarnya.

Turut dikongsikan dalam hantaran yang sama, saat dan detik Rice melafazkan dua kalimah syahadah dalam suasana yang sungguh menyentuh hati secara langsung di akaun TikToknya. - Getaran, 11 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Dapat Manfaat Daripada Persaingan AS- China

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN