Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buku Fixi Gesa Agensi Malaysia Pertimbang Keputusan Ke Frankfurter Buchmesse

Ia susulan keputusan penganjur Frankfurter Buchmesse yang menyatakan sokongan rasmi kepada masyarakat Yahudi dan Israel.

Indie Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Oct 2023 10:14AM

Kenyataan penganjur Frankfurter Buchmesse. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit novel urban, Buku Fixi menggesa agensi-agensi Malaysia yang akan terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) tahun ini untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk menyertai acara tersebut.

Ia susulan keputusan penganjur yang mahu memberi lebih ruang kepada penulis masyarakat Yahudi serta Israel susulan serangan Hamas terhadap Israel, minggu lalu.

Buku Fixi yang berkongsikan kenyataan rasmi Frankfurter Buchmesse melalui aplikasi X, meminta agensi dan penerbit buku Malaysia yang sebelum ini berhasrat untuk menyertai pesta buku itu, untuk membaca kenyataan berkenaan.

“Kepada agensi-agensi dan penerbit-penerbit Malaysia yang akan berbelanja untuk menghadiri Frankfurt Book Fair tahun ni, sila baca kenyataan rasmi @Book_Fair  tentang pendirian mereka.

“Kami gesa agensi-agensi Malaysia yang akan dirikan reruai kebangsaan di Frankfurt Book Fair tahun ini untuk  mempertimbangkan kembali keputusan mereka,” katanya.

Buku Fixi turut memuat naik kenyataan Pengarah Frankfurter Buncmesse, Juergen Boos, yang sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

"Kami berhasrat untuk memberi ruang yang lebih besar kepada suara-suara Yahudi dan Israel di pesta buku ini.

“Keganasan terhadap Israel bertentangan sama sekali dengan semua nilai yang didukung Pesta Buku Frankfurt.

“Pesta Buku Frankfurt teguh bersolidariti bersama Israel."

Sementara itu, Buku Fixi juga mengumumkan keputusan untuk tidak menyertai pameran buku antarabangsa tersebut walaupun mereka telah melibatkan diri dalam acara tersebut tahun lepas.

Jumaat lalu, lebih 5,000 individu termasuk Ahli Parlimen dari kerajaan, pembangkang, pemimpin politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan berkumpul menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara. – Getaran, 15 Oktober 2023

Sumber Foto: Aplikasi X Buku Fixi

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran