web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tanpamu’ Kelahiran Semula Ryotjones

Kumpulan Ryotjones melangkah masuk ke dalam arena arus perdana dengan buah tangan terbaharu mereka.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 6:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan beberapa pemuzik indie yang menembusi pasaran muzik arus perdana telah menjadi titik tolak buat kumpulan Ryotjones untuk melebarkan sayap mereka dengan lebih jauh. 

Sebagai pengenalan dalam dunia arus perdana, kumpulan yang dianggotai oleh lapan ahli ini kini mempertaruhkan single terbaharu berjudul ‘Tanpamu’. 

Hasil ciptaan Ali Karma dan Jiwa, single ini merupakan lagu bahasa Melayu pertama mereka dan turut menampilkan vokalis baharu Ryotjones.

Apa yang menarik, mereka bukan sahaja menampilkan rentak bunyi gitar, dram dan keyboard, tetapi juga alat muzik ‘brass’ seperti trompet, saksofon tenor bagi menghasilkan nuansa yang mampu membuat anda menari tanpa disedari.

Menurut gitaris kumpulan ini, Deo Karmawan, kemunculan mereka dalam arena arus perdana bukan sekadar untuk mengubah arah dalam aliran muzik, tetapi untuk mengembangkan bakat sekali gus menarik minat lebih ramai orang. 

“Meskipun bermula dengan scene indie, kami tetap optimis dengan keputusan kami, walau apa jua rintangan yang harus dihadapi. Sesiapa yang mengenal karya-karya kami yang sebelumnya mungkin dapat menangkap bahawa ‘Tanpamu’ mempunyai gaya yang sedikit beza.

“Dengan adanya vokalis baharu, kami mengambil keputusan untuk muncul dengan imej yang segar bagi menjenamakan semula kumpulan kami.

“Dengan adanya dua ahli yang berasal dari Indonesia, gabungan gaya bunyi antara kedua negara ini menjadi kelebihan kami.

“Jadi, sebagai permulaan, kami berharap agar single ini mampu menarik minat lebih ramai pendengar dan peminat di luar sana. Namun begitu, bagi kami apa yang penting adalah mesej yang dilontarkan mampu mendekati jiwa para pendengar,” kata Deo.

‘Inikah rasa cinta, realiti atau mimpi? Adakah rasa ini nyata?’

Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya dalam diri setiap insan. Sekali dengar, para pendengar boleh membuat konklusi bahawa ia mengisahkah tentang rasa kehilangan terhadap sesuatu atau orang berharga. 

Ya, memang lagu ini tepat sekali tiba pada musim putus cinta. Menariknya, walaupun menceritakan tentang fasa ‘moving on’ ia bergenre ‘up tempo’. 

“‘Tanpamu’ tidak mempunyai melodi yang penuh kesedihan sebaliknya kami mengetengahkan rentak muzik yang rancak.

“Bagi kami, kehilangan tidak perlu dihadapi dengan kesedihan yang berpanjangan. Cara terbaik untuk mengatasi dan keluar dari perasaan itu adalah dengan mengikhlaskan takdir Tuhan. 

“Tambahan pula, lagu ini juga boleh dikaitkan dengan semua orang termasuk kami dalam kumpulan ini. Secara peribadi, sepanjang tempoh PKP, saya terpaksa menjual barang kesayangan. Memang sayang, tetapi terpaksa melepaskannya,” tambah Deo lagi.

Berkongsi tentang video muzik single ini, Deo berkata “Jalan cerita video muzik ini sangat menarik kerana ia menampilkan sebuah situasi sukar yang ramai hadapi namun tidak mahu mengakuinya.

“Apa yang menarik, video muzik ini juga diarahkan oleh pemenang Hero Remaja dan pelakon, Nadhir Nasar.”

Single terbaharu Ryotjones berjudul ‘Tanpamu’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. Jika anda berminat untuk meneroka karya lain dan mengetahui perkembangan terbaharu mereka, jangan lupa layari profil rasmi Ryotjones di Instagram. - Getaran, 17 Disember 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN