web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fellasopher Jazz Trio Mewarnai Dunia Muzik Tempatan

Tiga orang pemuzik cuba menghidupkan irama jazz di Malaysia lewat sebuah projek khas bernama Fellasopher Jazz Trio.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Dec 2021 2:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap jenis seni ada peminatnya tersendiri dan itulah yang menjadikan seni sesuatu yang unik dan sedikit sukar difahami bagi sesetengah orang. Ini termasuklah seni muzik.

Berbicara soal muzik, irama jazz telah lama singgah di bumi Malaysia, namun ia bukanlah genre muzik pilihan semua orang. 

Biarpun perlu bersaing dengan muzik pop yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, irama jazz kekal utuh dalam haluannya tersendiri.  

Malah sejarah menunjukkan, seni muzik sentiasa diperjuangkan oleh mereka yang benar-benar mencintainya.

Atas kesedaran itu, tiga orang pemuzik tempatan cuba menghidupkan seni muzik jazz dengan cara mereka sendiri. 

Dengan nama Fellasopher Jazz Trio, kumpulan yang dianggotai Wan Azfarezal, Fitri Misran dan Rizal Tony ini cuba mengetengahkan sesuatu yang boleh diterima oleh para pencinta muzik umum.

“Kami berusaha mencari keseimbangan bagi setiap instrumen dalam satu wadah bunyian dan ritma. Setiap alat muzik memberikan ajnas warna serta rangkap untuk disimpan dan menarik perhatian pendengar,” kata Rizal.

The Fellasopher Trio cuba meneroka ruang sonik minimalis, kemudian menggali kemungkinan muzikal yang membawa kepada pengaliran kreativiti demi memungkinkan projek ini.

“Secara amnya, ia jujur, bervariasi dan polos.

“Kumpulan kami sudah berkolaborasi dengan banyak persatuan, ahli akademik, pemuzik antarabangsa dan tempatan selain menyertai aneka acara dalam talian serta webinar dalam meneroka seni muzik.

“Muzik kumpulan kami meliputi jazz umum, irama popular dan asli dengan objektif utama untuk menggalakkan usaha mengkomersialkan serta memperkasakan irama jazz sebagai bahasa universal untuk penyatuan sosial,” jelas Rizal dengan panjang lebar.

Ketiga-tiga ahli kumpulan ini pernah terbabit dalam projek dengan ramai nama-nama besar tempatan seperti Noryn Aziz, Reshmonu, Michael Veerapen dan banyak lagi.

Mereka juga pernah membuat persembahan untuk pelbagai projek muzik dan orkestra di luar negara.

Selepas membuat kemunculan khas bertemu peminat jazz di Migo’s Street Café di Seri Kembangan baru-baru ini, kumpulan yang terdiri daripada tiga orang lulusan Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan album sekitar awal tahun 2022 mendatang. - Getaran, 10 Disember 2021 

Gambar: Shah Shamshiri dan Fellasopher Jazz Trio

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN