web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mothflesh Suarakan Ketagihan Teknologi Dalam 'The Lotus Denial' 

'The Lotus Denial' adalah karya baharu band muzik metal ini yang bakal dimuatkan dalam album studio ketiga mereka, 'Machine Eater' dan sudah pun dilancarkan di pelantar muzik digital serta platform media sosial. 

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 7:04PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemajuan teknologi menyebabkan wujudnya ketagihan digital dan kebergantungan terhadap gajet atau kandungan-kandungan yang terdapat di dalam media sosial. 

Namun, kita mempunyai pemahaman yang terhad tentang kesan teknologi emosi manusia, hubungan dan mental kesejahteraan.

Inilah mesej penting cuba diutarakan band metal Malaysia, Mothflesh dalam karya lagu baharu mereka, 'The Lotus Denial' yang sudah pun diluncurkan di pelantar muzik digital Spotify dan di saluran YouTube mereka, Mothflesh band. 

Mothflesh dianggotai Imran Muhammad sebagai penyanyi utama, Ranveer Maddog Singh (pemain gitar) dan Ezekiel Eze Mavani (pemain bass).  

'The Lotus Denial' adalah karya lagu yang bakal dimuatkan dalam album studio baharu mereka, Machine Eater. Ditubuhkan pada 2018, Machine Eater adalah album studio ketiga yang mereka hasilkan selepas Noctural Armour (2019) dan Skyfather (2020). 

Mengulas lebih lanjut mengenai 'The Lotus Indenial', Ezekiel Eze Mavani atau Eze berkata, tanpa kita sedari, kesan  teknologi ini telah mengubah aspek kehidupan sosial kepada dunia khayalan. 

“Ia mencetuskan generasi baharu yang ketagih dan menolak untuk menerima realiti kehidupan di luar dunia digital,” katanya. 

Jelas Eze lagi, esensi 'The Lotus Denial' adalah mengenai hubungan dua insan yang berhadapan dengan konfrontasi, perpisahan dan akhirnya kemusnahan terhadap latar belakang penyalahgunaan bahan moden. 

“Lagu ini menggunakan dua unsur analogi iaitu  Lotus, opioid yang sangat ketagihan dan Digital Wasteland, keadaan keghairahan yang terputus dicapai melalui penyalahgunaan opioid berulang.

“Seorang membina ketagihan terhadap Lotus dan seorang lagi berusaha untuk berdepan dan camput tangan. Akibatnya keretakan dicipta antara kedua-dua yang akhirnya mencetuskan titik hubungan kegagalan.

“Konklusinya, apa yang ingin ditonjolkan oleh lagu ini adalah meskipun ada keajaiban dan pencapaian teknologi moden, kita masih belum menemui penyelesaian untuk menangani masalah kemanusiaan yang kompleks. 

“Kita seharusnya meggunakan kaedah komunikasi yang mampan untuk memastikan cabaran-cabaran ini dapat ditangani dengan sewajarnya bagi mengelakkan orang lain daripada terlibat dalam kitaran opiod yang sama dan penyalahgunaan bahan,” katanya. 

Mengenai proses komposisi 'The Lotus Denial', Eze berkata, Inspirasi untuk hook utama dalam lagu ini mempunyai dissonance yang tercetus daripada death metal tradisional, mirip Bolt Thrower atau Obituary. 

“Ia diikuti dengan countermelody penuh melodic berdasarkan skala Hirajoshi. Aplikasi hibrid daripada bunyian yang bising dan tidak harmoni skala minor adalah akar atau dasar bagaimana Mothflesh membentuk suara dan riffs.

“Sebaik sahaja selesai dengan riff utama, kami menggubah beberapa garis fundamental dram untuk menyediakan konteks kepada kebingitan lagu dan memberi tumpuan kepada verse yang bertindak sebagai titik utama lain,” katanya lagi. -Getaran, 26 November 2021

Gambar: Mothflesh

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN