Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


3 Halwa Telinga Mutakhir Untuk Anda

Tidak tahu lagu apa yang patut dimainkan di pelantar penstriman anda minggu ini? Kami ada jawapannya.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 9:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini kami senaraikan tiga karya baharu yang tidak mengecewakan sama sekali dan harus ada dalam senarai main anda.

 

Seumpama Ingatan(ku) Sama Dengan(mu) oleh Musikawan

Kumpulan berasal dari Surabaya, Indonesia ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Musikawan yang dikenali ramai dengan lagu-lagu bertemakan cinta sedih, kini membawakan buah tangan terbaharu mereka berjudul ‘Seumpama Ingatan(ku) Sama Dengan(mu)’.

Susunan muzik yang rapi menjadikan lagu ini sesuai buat sesiapa yang sedang melalui fasa sedih dan sedang melewati hari-hari yang duka.

Lagu ini mengungkapkan berbagai kata-kata sedih yang mampu menyentuh hati para pendengar. Malah, melodi korusnya juga akan memberi perasaan nostalgik.

Menurut Musikawan, “Lagu ini menceritakan tentang penghujung sebuah kisah cinta. Ia mengimbas kembali momen-momen bersama ‘si dia’ yang pernah menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita.

“Tambahan pula, perasaan rindu terhadapnya yang akan terus menghantui kita, seiring waktu.”

Irama lagu yang disulami dengan petikan gitar klasik dan suara vokalis yang hebat ini mampu membuat sesiapa yang memasang telinga dibuai perasaan.

Apa yang menakjubkan lagi, kumpulan ini tidak perlu mencuba berlebihan untuk menghasilkan karya yang mampu membuat anda mengalir air mata mengenangkan kenangan manis masa lalu.

Merindukan seseorang adalah salah satu perasaan yang tidak menyenangkan. Apatah lagi bila seseorang itu tidak mengambil kisah atau peduli akan kita lagi. Ia sudah tentu akan membuat perasaan itu menjadi lebih ‘haru biru’.

Terima kasih Musikawan kerana mencipta sebuah karya yang cukup indah dan mampu mengubati hati yang terluka.

 

 

‘Hopeless’ oleh Ky Den

Lagu berjudul ‘Hopeless’ dibuka dengan petikan gitar elektrik dan diikuti dengan nyanyian merdu yang menenangkan. Meskipun baru sahaja bertapak dalam scene muzik indie, taruhan penyanyi berumur 20 tahun ini mampu memukau sesiapa yang mendengarnya.

Ky Den yang berasal dari Kuching, Sarawak melihat muzik sebagai saluran kreatif untuk mengupas sisinya yang lebih ‘vulnerable’. ‘Hopeless’ menyuarakan perasaan Ky Den terhadap stereotaip jantina yang mengatakan ‘lelaki tidak boleh menangis’. 

“Lagu ini ditulis dari tempat yang sangat dekat pada saya. Ia turut menjadi peringatan buat diri saya bahawa menangis itu perkara biasa. Tidak salah untuk lelaki menangis kerana saya percaya air mata adalah ubat untuk jiwa.

“Saya telah melalui masa yang sukar dalam hidup sehingga mendapati diri terperangkap dari segi mental, muzik dan emosi. Ini membuatkan saya terjerat dalam fikiran sendiri dan tidak dapat meneruskan hidup seperti biasa. 

“Satu hari saya meluangkan masa untuk berkongsi perasaan dan ketika itulah saya mula menangis buat pertama kali sejak sekian lama. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, kita harus belajar untuk berdamai dengan emosi sendiri agar dapat mencapai kebahagiaan,” tambahnya lagi.

Penulis turut berharap agar golongan lelaki dapat membebaskan diri daripada tanggapan bahawa menangis itu tanda kelemahan dan agar kita dapat mewujudkan komuniti yang lebih memahami. 

 

 

‘Bad Together’ oleh Claudia Tan, TY:DEL dan Irwinandfire

‘Bad Together’ merupakan kolaborasi antara tiga pemuzik dan penyanyi tanah air iaitu Claudia Tan, TY:DEL dan Irwinandfire.

Lagu yang mempertaruhkan irama berkonsepkan pop ini segar, moden dan kontemporari. Malah rentak yang rancak serta suara merdu ketiga-tiga penyanyi ini mengingatkan penulis kepada lagu-lagu antarabangsa era awal 2000-an.  

“Irama lagu ini diilhamkan oleh gaya muzik bossanova yang berasal dari Brazil. Ia menceritakan tentang hal-hal yang boleh terjadi dalam sebuah hubungan percintaan.

“Mungkin kita pernah melalui saat-saat di mana kita bertanya pada diri ‘jika kita melakukan sesuatu yang berbeza, mungkin kita dapat menyelamatkan sebuah hubungan itu.

“Penulisan lagu ini sejujurnya sangatlah mudah. Kami tidak perlu memaksa diri untuk menulisnya malah semua perkataan bagai keluar ‘mengalir’ begitu sahaja.

“Rentak lagu ini pula diberi sentuhan khas oleh Irwin yang ingin memberi ‘getaran jiwa’ pada sesiapa yang mendengarnya,” kata Claudia.

Meskipun terpaksa merakam lagu ini berjauhan, ketiga-tiga artis ini mengatakan bahawa proses untuk menghasilkan ‘Bad Together’ tidak rumit. Lebih-lebih lagi bila semua terbuka dengan apa-apa cadangan yang dilontarkan.

“Jika kami berdepan dengan masalah, kami mencari solusi dengan cepat dan matang,” tambahnya.

‘Bad Together’ membuktikan bahawa anak seni kita mampu menghasilkan muzik berkualiti hebat malah mampu melangkah jauh dalam industri muzik. Jika anda pencinta muzik pop sejati, lagu ini wajib didengar!

Kesemua lagu yang disenaraikan ini boleh didengar di pelantar penstriman muzik seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'