web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Second Voyage', Harapan Sekumpulan Orang Gila (SOG) Berlayar Lebih Jauh

Album ini adalah satu anjakan paradigma bagi kumpulan mereka dan diharapkan ia dapat membuka mata dunia kepada seni dan muzik yang wujud di Malaysia.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Oct 2021 12:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya buah tangan terbaharu kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) bakal menemui para peminat setelah sekian lama menanti.

Hadir dalam dunia muzik tempatan sejak lebih sedekad lalu, kumpulan SOG menaruh harapan untuk melangkah lebih jauh dengan album terkini mereka, Second Voyage.

Difahamkan bahawa Second Voyage ditulis dan dihasilkan tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2018 di Paris, Perancis. Namun, disebabkan pandemik yang melanda dunia, SOG terpaksa menunda pelancaran album ini. 

“Walaupun harus menyesuaikan diri dalam suasana negara yang baharu, kami berjaya merakam 10 buah lagu untuk album ini sepanjang tempoh sebulan di Paris. 

“Kami memutuskan untuk tidak melancarkan album ini lagi sehinggalah keadaan dunia lebih reda kerana berfikir ia agak sukar untuk mengeluarkan sebuah album tanpa mengadakan apa-apa konsert jelajah atau pertunjukan,” kata Raja Nazmin atau lebih dikenali sebagai Adek, pemain dram SOG.

Meskipun begitu, ternyata besar juga hikmah di sebalik ujian ini, kerana mereka diberi peluang untuk menambah dua buah single baharu dalam album ini.

Salah satunya single berjudul ‘Second Voyage’, yang merupakan sebuah kolaborasi muzik bersama penyanyi metal antarabangsa, Tim Lambesis dari kumpulan As I Lay Dying. 

Bukan itu sahaja, album ini juga menampilkan Shila Amzah dalam lagu ‘Pelukan Angkasa’. Apa yang lebih menarik, SOG juga membuat satu variasi baharu dengan menyuntikkan elemen tradisional seperti tiupan suling dan syair dalam lagu mereka. 

SOG yang terdiri daripada enam anggota iaitu, Raja Nazrin (vokalis dan pemain gitar), Raja Nazmin (pemain dram), Amsyar (pemain gitar), Qayyum (pemain bass), Riko Agus (vokalis) dan MK Ridzuan (pemain flut) sempat berbual bersama Getaran mengenai album terbaharu mereka baru-baru ini.

Adakah mudah untuk menghasilkan album ini di luar negara? 

Keadaan cuaca yang lembap mempengaruhi vokal dan menjadikan suara lebih nipis atau kedengaran flat. Jadi bagi mengatasi masalah ini, kami harus berlatih lebih banyak untuk menyesuaikan diri dan mendapat lenggok nyanyian yang betul.

Tambahan pula, setiap alat muzik yang dibawa dari Malaysia turut terdengar lebih nipis dan sukar untuk mendapatkan bunyi yang lunak terutamanya bagi alat muzik tradisional flut.

Oleh itu, kami terpaksa merakamkan bahagian flut ketika kembali di tanah air. 

Apakah sumber inspirasi di sebalik album ini?

Bagi kami lagu-lagu yang disenaraikan merupakan representasi tepat fikiran dan perasaan kami terhadap sesuatu insiden atau momen dalam hidup kami.

Selain itu, ia mengisahkan perjalanan kehidupan sama ada pengalaman masa lalu, peribadi atau apa yang dihadapi hari ini. Suka atau duka.

Ada juga yang ditulis berdasarkan perspektif orang ketiga bagi mengambil iktibar terhadap sesuatu perkara. 

Antara semua lagu dalam Second Voyage, yang manakah menjadi lagu kegemaran SOG?

Kami mahu membuat satu ‘disclaimer’ bahawa single berjudul ‘Shanti’ tidak boleh bersaing dengan lagu yang lain kerana berada dalam tahap atau liga yang berbeza.

Bagi kami lagu itu menunjukkan sisi yang lebih baik dan bukanlah sesuatu yang boleh dipertandingkan. Ia menyentuh perjalanan emosi kami secara mendalam. 

Justeru itu, dua pilihan kami adalah lagu ‘Legasi’ dan ‘We Are Stronger Than Before’.

‘Legasi’ menggambarkan lagu-lagu dalam album ini secara menyeluruh dan pada masanya singkat. Ia juga mempunyai acuan pelbagai genre seperti muzik tradisional, pop, metal, rock dan lain-lain.

Mungkin ramai tidak tahu, bahawa lagu ‘We Are Stronger Than Before’ melambangkan moto yang selama ini dipegang oleh kami.

Kata-kata semangat ini menunjukkan keperibadian SOG yang berani dan mampu bangkit daripada segala ujian yang dilemparkan.

Apakah harapan SOG sebagai sebuah band dalam industri muzik?

Second Voyage adalah satu anjakan paradigma. Kami sentiasa bersyukur kepada para peminat yang telah bertahan dan menyokong kami sehingga hari ini. Tanpa sokongan mereka, kita tidak dapat kekal dan pergi sejauh ini. 

Dengan album ini, kami berharap agar dapat melangkah dengan lebih jauh dalam industri muzik dan berharap ia dapat menarik perhatian peminat antarabangsa. 

Tambahan pula, diharapkan ia juga mampu membuka mata dunia kepada seni dan muzik yang wujud di negara ini serta meletakkan nama Malaysia di peta dunia. - Getaran, 8 Oktober 2021

Semua gambar: Sekumpulan Orang Gila

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN