web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasut Converse Berusia 104 Tahun Dijual Pada Harga RM40,800

Kasut ini juga merupakan kasut Converse yang tertua di dunia dan dijual lengkap dengan sepasang seluar pendek yang dikeluarkan pada 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:50AM

Semua gambar: fotobernama/ Zulkarnain Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi kelangsungan hidup, seorang pengumpul kasut vintaj di sini terpaksa melelong sepasang kasut Converse berusia 104 tahun miliknya dan tidak menduga menerima bidaan tujuh individu yang berminat memiliki kasut edisi pertama tersebut dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas dimuat naik ke laman media sosial.

Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, berkata seorang daripada pembida tersebut, iaitu seorang lelaki dari Pahang, bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM40,800 dan mereka menyelesaikan urus niaga semalam.

“Saya turut bersetuju memberikan tiga pasang kasut Converse yang dikeluarkan pada 1950, 1960 dan 1970 sebagai hadiah.

“Saya difahamkan beliau (pembida berjaya) juga seorang pengumpul barangan antik,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jambu, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Wan Irfayuim Azim berkata kasut yang dijual untuk dijadikan koleksi itu lengkap dengan sepasang seluar pendek yang dikeluarkan pada 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang.

Menyingkap sejarah kasut Converse tertua di dunia itu, lelaki berkenaan berkata beliau membeli kasut tersebut pada 2018 daripada sepasang suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat.

“Mereka menghubungi saya selepas melihat hantaran laman Facebook saya tentang sejarah kasut vintaj.

Pasangan tersebut terdesak memerlukan wang untuk menampung kos rawatan anak mereka,” jelasnya, menambah bahawa bagi pengumpul kasut vintaj, ia bukan sekadar kasut sebaliknya penyimpan sejarah.

Sehubungan itu beliau berharap pemilik baharu kasut berkenaan akan turut menghargai nilai tinggi kasut Converse Non Skid tersebut.

Menurutnya, beliau bertindak menjual kasut tersebut bagi kelangsungan hidup kerana tidak dapat kembali ke Jepun untuk bekerja dalam sektor pelancongan akibat penularan pandemik COVID-19.

Semalam, hantaran yang dimuat naik oleh Wan Irfayuim Azim berkenaan lelongan kasut itu tular menerusi Facebook dan menerima 7,000 perkongsian serta hampir 9,000 tanda suka. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan