web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serlahkan Seri Sakura Bersama Fanbo Cosmetics

Terkenal dengan produk berkualiti di Indonesia, jenama kecantikan Fanbo Cosmetics memulakan langkah baharu dengan menawarkan koleksi ‘Precious White’ kepada warga Malaysia.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 11:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Iklim dan keadaan cuaca yang panas serta lembap sepanjang tahun di Malaysia membuatkan wajah kita mudah terdedah dengan pelbagai masalah kulit. Justeru itu, semakin ramai mula mementingkan penjagaan kulit malah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kulit idaman yang sihat. 

Dewasa ini, ramai mencari produk yang mengandungi bahan-bahan semula jadi yang selamat dan dapat menjaga kulit luaran serta dalaman secara efektif.

Terkenal dengan produk berkualiti dan reputasi baik di negara jiran, Indonesia, jenama kecantikan Fanbo Cosmetics memulakan langkah baharu dengan menawarkan produknya kepada warga Malaysia. 

Meskipun sudah lebih lima dekad dalam industri kecantikan, jenama nostalgik ini masih kekal kontemporari dan sentiasa memastikan rangkaian produknya mengikuti perkembangan terkini.

Kini, Fanbo Cosmetics tampil dengan koleksi produk penjagaan kulit terbaharu, ‘Precious White’. Formulasi yang mengandungi ekstrak bunga Sakura ini membawa penyediaan asas yang berkualiti dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. 


“Fanbo berbesar hati untuk berkongsi rangkaian produk kami di Malaysia. Produk-produk ini dihasilkan khusus buat kulit Asia setelah mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Bagi koleksi ini, kami menggunakan ekstrak bunga Sakura kerana ia dapat membekalkan banyak manfaat pada kulit muka.

“Selain itu, kami berpendapat bahawa keanggunan bunga ini dapat mencerminkan keindahan alam semula jadi,” kata Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Cosmetics Malaysia.

Kepada yang tidak tahu, ekstrak bunga Sakura mengandungi asid lemak yang membantu memicu penghasilan kolagen pada kulit. Ini termasuk memperbaiki jaringan tisu sehingga kulit menjadi lebih lembut dan licin.

Tambahan pula, ia turut mengandungi antioksidan yang mencegah pengoksidaan kulit berlebihan dan kewujudan noda hitam pada wajah. 

Koleksi Precious White hadir dengan empat jenis produk iaitu pembersih muka, losyen pelembap dan toner muka yang mudah dan sesuai digunakan setiap hari.

Lebih penting lagi, formulasinya yang bersifat ringan dan mudah diserap, dapat menghilangkan solekan dengan mudah dan pantas. Bukan itu sahaja, kandungan provitamin juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menjadikan kulit lebih cerah dan kelihatan lebih sihat dan segar.

Dalam perkembangan lain, jenama ini juga mengeluarkan produk kecantikan mesra wuduk. Jadi, pengguna tidak perlu lagi memperbaharui solekan selepas membersihkan muka.

Bedak muka, Pancake Powder didatangkan dalam rona-rona kulit tempatan dan mampu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit. Kandungan zink oksida ini dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB, ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.

Seterusnya, pensel kening keluaran mereka mempunyai konsistensi yang lancar membuatkan ia meluncur dengan mudah dan menjadikan kening kelihatan lebih natural.

Koleksi ‘Precious White’ dan produk lain keluaran Fanbo Cosmetics boleh dibeli secara eksklusif melalui kedai rasmi mereka secara atas talian di Shopee dan Lazada. Anda juga boleh melayari laman sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk mendapat berita terkini mengenai koleksi ini.

Nak tahu kelebihan dan cara menggunakan produk Fanbo Cosmetics ini? Jom tengok video di bawah: - Getaran, 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN